Apabila semakin meningkat naik, nama Eira Syazira, pelakon Ku Milikmu, bukan sahaja dikaitkan dengan bakatnya malah ada juga yang menjaja namanya dalam sebuah blog yang mendakwa dirinya bercinta dengan suami artis.
Artis yang dimaksudkan itu adalah aktres Wan Sharmila di mana suaminya adalah produser Radius One Sdn. Bhd, Mohd. Fazli.
Eira akui yang dia mengenali Fazli tidak lebih sebagai produser Radius One ketika mereka bekerjasama menerusi drama Sindarela.
“Saya hanya tergelak apabila membaca gosip tersebut. Terima kasih sebab memberi publisiti kepada saya.
“Yang saya tak faham, kenapa saya yang menjadi mangsa dan cerita itu baru keluar sekarang.
“Saya rasa mungkin orang nak jatuhkan saya. Saya anggap ia sebagai ‘trend’ seperti Memey Suhaiza dengan Norman Hakim, Fasha Sandha dengan suami Nora Danish.
“Saya tak rasa apa-apa sebab dakwaan itu tidak betul dan tiada bukti, jadi buat apa saya nak takut.
“Wan Sharmila juga tak tanya saya pun tentang hal itu dan hubungan kami ok seperti dulu mahupun semasa kami mengadakan sesi fotografi bersama baru-baru ini,” katanya lagi.
-mStar-
0 ulasan:
Catat Ulasan