RSS2.0

Nasrizal Ngasri dan Sasha Rujuk Semula

Selasa, 17 Mac 2009

Adalah someone ni makan tengah hari di satu pusat beli-belah di Bangsar, Kuala Lumpur. Dalam tergesa-gesa untuk sampai di tempat dijanjikan dengan rakan lain, mereka terserempak dengan pasangan Nasrizal Ngasri, 28 atau Bell dan isterinya, Nur Farhana Mahamad Fauri, 26, (Sasha) bersama anak mereka.

Dia berasa hairan bagaimana pasangan ini boleh bersama sedangkan tiga bulan lalu bukan main hangat kontroversi mengenai perceraian mereka dilaporkan di dada akhbar.

Memandangkan masing-masing ada tujuan di pusat beli-belah itu, dia hanya bertegur sapa dengan pasangan ini dan tidak sempat berborak panjang.

Tapi memikirkan hal positif, mungkin mereka masih berbaik walaupun sudah berpisah. Maklumlah, mereka ada anak jadi untuk kebaikan cahaya mata seorang itu ada bagusnya tidak bermusuh walaupun tidak sebumbung lagi.

Kelmarin (14/3) lain pula ceritanya apabila someone ni menghadiri majlis pertunangan kakak Bell, Darling Ngasri dan kebetulan Sasha turut hadir. Dia tidak melepaskan peluang bertanya perkara itu pada Sasha.

Sasha mengakui mereka sudah rujuk November lalu. Katanya, memang orang ramai tidak tahu mereka sudah kembali menjadi suami isteri kerana tidak ada wakil media yang datang bertanya.

Ceritanya lagi, sewaktu kecoh mengenai mereka mahu bercerai, pasangan ini mengambil keputusan rujuk kerana masalah berlaku disebabkan salah faham. Mereka tidak mahu memanjangkan lagi cerita dan apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.

Difahamkan lagi, Bell dan Sasha mahu membina hidup baru demi masa depan anak mereka. Baguslah dan ianya satu pujian atas tindakan diambil pasangan ini. Diharap apa yang sudah mereka lalui sebelum ini dapat dijadikan teladan supaya tidak lagi berulang kemudian hari.

-Kosmo-

0 ulasan: