RSS2.0

Sah Beego Bercerai Dengan Intan Shahira

Rabu, 18 Mac 2009

Kerana tidak ingin memanjangkan lagi kemelut yang melanda rumah tangganya dan mengaibkan mana-mana pihak, semalam (17/3) Beego telah menjatuhkan talak satu pada isterinya, Intan Shahira. Perkahwinan mereka pada akhir bulan December 2007 hanya mampu bertahan selama 10 hari walaupun sudah sembilan tahun berkenalan, dan selepas itu mereka tinggal secara berasingan.

Dalam laporan akhbar terkemuka hari ini, Beego yang dikatakan sebak ketika melafazkan cerai, redha dengan ketentuan Ilahi.

Menurut perjanjian bersama yang ditandatangani, Intan tidak akan menuntut apa-apa dari bekas suaminya sementara Beego hanya meminta untuk diserahkan cincin pertunangan yang bernilai RM13,700.

0 ulasan: