RSS2.0

Stacy Rimas Dicop Sebagai Agnes Monica Malaysia

Khamis, 19 Mac 2009

Apabila dibandingkan dengan penyanyi yang hebat dan popular, ia mungkin satu kebaikan tetapi apabila terus-terusan dilabel sebagai Agnes Monica Malaysia, juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Stacy, mula rimas. Stacy juga berkata dia kurang selesa dengan gelaran itu.

“Siapalah saya untuk disamakan dengan Agnes kerana punya nama yang cukup besar di Indonesia dan Malaysia,” kata Stacy.

Semakin popular dengan single keduanya, Gagap, Stacy berkata, persamaan itu mungkin teletak pada konsep lagu mereka berdua yang berlatar belakangkan genre pop dance.

“Banyak bezanya antara saya dan Agnes sebenarnya. Secara fizikal, vokal dan konsep muzik. Cuma saya minatkan lagu dan vokal Agnes. Dia bukanlah idola saya,” kata Stacy.

Bercakap tentang album sulungnya yang sudah berada di pasaran, Stacy berkata album itu memberikan kepuasan buatnya dengan senarai lagu-lagu yang sama sekali mengikut selera peminat.

Selain memuatkan single pertama, Aku Stacy, kemudian diikuti Gagap ciptaan Kieran Kuek dan lirik oleh Mode, album yang memakan masa setahun itu turut menampilkan 3 lagu baru iaitu Pakai Buang (Edry/ Edry), Cerah (Audi Mok/ Nurfatimah) dan Cinta Yang Ku Duga (Ajai/Ajai).

Manakala tambahan 2 lagi lagu adalah Aku Stacy dan Cinta Khayalan dalam versi konsert yang dirakam ketika konsert akhir AF6 dulu.

“Walaupun ini adalah permintaan peminat yang mahukan saya menonjolkan lagu-lagu bercorak sebegini, tapi pada masa sama saya, berasa puas kerana inilah diri saya sebenar,” katanya.

-Murai-

0 ulasan: