Kelmarin (21/4) bertempat di hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, telah dilancarkan ‘Red Ribbon Celebrity Support Programme 2009/2010’. Dua belas selebriti telah menawarkan diri secara sukarela bagi membantu Malaysian Aids Council (MAC) dan Malaysian Aids Foundation (MAF) untuk memberi pendidikan tentang HIV/Aids serta kesedaran mengenai stigma dan diskriminasi yang dihadapi penghidap Aids dan HIV.
Mereka adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Umie Aida, Fahrin Ahmad, Ayu (OIAM), Zainal Alam Kadir (personaliti Astro), Shah Shamshiri (online & interactive media, Media Prima), Fish Leong (penyanyi), Owen Yap (personaliti 8TV), Aanantha (DJ THR Ragaa), Uthayaa (DJ THR Ragaa & hos Astro). Ini adalah kali pertama satu usaha sebegini telah dianjurkan MAC dan MAF. Antara tanggungjawab para selebriti ini adalah membuat penampilan khas di acara-acara anjuran MAF/MAC, kunjungan ke rumah-rumah perlindungan dan menjadi jurucakap media untuk MAC dan MAF.
‘Red Ribbon Celebrity Support Programme 2009/2010’ adalah satu usahama dengan YTL Group of Hotels, Media Prima Berhad, Astro dan Mami’s Tart.
Ulasan Faizal TahirKempen ini lain dari yang lain. Biasanya kita mendengar tentang kempen membasmi itu dan ini. Bagi saya, kempen membasmi Aids sudah tidak relevan memandangkan penyakit ini sudah lama wujud. Malah budak-budak sudah diajar mengenainya di sekolah. Yang penting sekarang ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa layanan yang sama perlu diberikan kepada penghidap Aids dan HIV, sama seperti orang biasa. Ramai yang mungkin tidak tahu Aids dan HIV tidak boleh dijangkiti dengan duduk sebelah, peluk atau makan makanan yang sama.
Saya tidak tahu sesiapa yang menghidapi Aids atau HIV tapi ia tidak menghairankan kerana orang malu untuk mengaku. Pada pandangan masyarakat, mereka yang menghidapi Aids/HIV ini yang cari pasal dengan mengambil dadah, melakukan seks … tapi ada sebahagiannya yang dijangkiti penyakit ini dengan tidak sengaja.
Kerja ini kami (artis) lakukan secara sukarela. Tidak ada pulangan dan saya tidak setuju jika ada kerana kami semua ada kerja, jadi tak perlu lah. Kalau ada pulangan, ia dari segi kerohanian, diantara kita dengan Tuhan, jadi kami perlu lakukannya secara ikhlas.
-Gua
12 Artis Popular Turun Padang Bantu Pesakit
Jumaat, 24 April 2009Dicatat oleh Izyan di 10:27 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan