RSS2.0

Alif AF6 kumpul duit beli kereta Myvi

Sabtu, 11 April 2009

Tanpa berlengah, pemuda berusia 23 tahun, dia mengambil keputusan untuk membeli sebuah kereta. Biarlah hanya sekadar kereta biasa dan bukan jenama mewah antarabangsa.

Yang penting, jentera itu memberi banyak manfaat untuk dirinya. Itu sudah cukup membahagiakan Alif yang baru sahaja mencipta nama dalam lapangan seni tanah air.





"Sebenarnya, saya sudah lama memasang cita-cita untuk mempunyai kereta sendiri sejak sebelum bergelar artis.

"Waktu itu, saya masih bekerja sebagai juruteknik di Tenaga Nasional Berhad (TNB). Dengan duit gaji yang diperoleh pada setiap bulan, saya berusaha mengumpul wang sedikit demi sedikit.

"Lama-kelamaan, saya dapat juga mengumpul wang sebanyak RM6,000 melalui usaha saya berjimat-cermat.

"Selepas menyertai AF6, saya terus memilih untuk mempunyai kereta sendiri dengan menggunakan wang yang dikumpul sebelum ini.

"Wang pendahuluan sudah ada, sebaliknya saya kena memiliki kerja yang stabil untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membayar wang ansuran bulanan kereta.

"Setelah yakin untuk membayar wang bulanan kereta ini, saya nekad membeli Perodua Myvi," kata Alif yang ditemui semasa sesi fotografi Ini Mobilku di ibu negara baru-baru ini.

0 ulasan: