RSS2.0

Amy Mastura Dalam Drama Comel

Rabu, 8 April 2009

Selain sibuk mengacarakan program Ape-Ape Aje di TV3 bersama Shamsul Ghau-Ghau, wajah Amy juga ketika ini boleh disaksikan di dalam drama bersiri Comel arahan Aziz. M.Osman yang sudah mula bersiaran pada 1 April lalu di TV3, 10 malam setiap Rabu.

Memegang watak sebagai ibu kepada gadis remaja bernama Comel lakonan Nor Hanis, kata Amy, meskipun wataknya itu tidak begitu mencabar berbanding lakonan-lakonannya sebelum ini, namun kelainan dari segi karektor itu membuatkan Amy berminat untuk mencuba."Dalam drama itu, saya pegang watak Joji, ibu kepada Comel. Karektor Joji cukup menarik kerana dia merupakan pencinta alam sekitar.

"Dan banyak adegan menarik di dalam drama ini apatah lagi saya bergandingan bersama Aziz M.Osman yang melakonkan watak sebagai suami saya," kata Amy.

Tambahnya, dia semakin ligat berlakon sejak tahun lalu dan tidak lama lagi, Amy akan muncul di layar perak menerusi filem Hooperz.

"Sebenarnya sejak tahun lalu memang banyak drama yang saya terlibat. Cuma baru tahun ini drama-drama tersebut ditayangkan.

"Saya terima semua tawaran itu pun kerana mempunyai masa untuk berbuat demikian, selain membahagikan masa menguruskan anak-anak. Mana yang berkesempatan, saya pasti akan pertimbangkan," kata wanita kelahiran Ipoh, Perak ini.

Namun begitu, walaupun sering dihujani dengan tawaran berlakon dan juga sebagai pengacara, ujar Amy, dia tetap meletakkan keutamaan terhadap bidang nyanyian yang telah banyak membantu melonjakkan namanya di persada seni tidak lama dulu.

Ehsan mStar

0 ulasan: