Siapa ada tengok rancangan Mentor edisi 'Jurnal Mentor' yang memaparkan adegan dan juga gelagat dalam memilih protege (19/4) (artikel sebelumnya baca disini). Dalam kebanyakkan artis-artis yang melakukannya adalah seperti Jac, Mas Idayu, Awie, Lah, Ajai dan juga Adibah Nor. Memang menarik dan menghiburkan.
Kisah Jac yang menelefon seorang ibu kepada seorang peminatnya, Mas Idayu yang menguji bakat Dior, Lah nampaknya tiada masalah, Ajai dengan bengangnya yang tak mahu rayuan kali ke-2 peserta, Adibah yang peserta yang diujinya hampi kesemuanya comel-comel sepertinya. Tapi yang paling tak sedap sekali didengar adalah Awie. Jeng-jeng.
Bukan apa, sebelum itu Awie dah membuat pemberitahuan bahawa hanya perepuan sahaja yang dibenarkan menghadiri ujibakat kerana kehendak Awie adalah untuk melahirkan artis perempuan rock pelapis untuk Ella. Jadi adalah mamat-mamat ni yang dah ready nak wat persembahan kena halau kerana tak tengok dahulu permintaan Awie sebelum ini. Bertukar kepada tajuk, Awie ada menyatakan bahawa penyanyi rock senang masuk Syurga. Memang isu ini menjadi kebengangan dalam forum-forum di internet, sampai menyatakan fatwa mana yang digunakan oleh Awie, Awie sengal dan sebagainya. Nak tahu kenapa Awie cakap sedemikian? tontonlah video ini.
Awie: Penyanyi Rock Senang Masuk Syurga
Selasa, 21 April 2009Dicatat oleh Izyan di 12:10 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan