RSS2.0

Bila Aida Aris Bertudung dalam Matahari

Jumaat, 17 April 2009

Aida Aris memang pelakon serba boleh yang pernah dilahirkan oleh media. Dahulu dia pernah diwar-warkan berkahwin senyap-senyap dengan seorang jejaka berketurunan seperti Pakistan atau India. Namun ini cerita dahulu, dan sekarang ini, dia membintangi drama bersiri Matahari di TV3 dan menampilakn imej bertudung. Dan tidak tahu hakikatnya adakah dia bertudung dalam drama ini atas dasar arahan pengarah atau pun memang dirinya telah menerima hidayah daripadaNYA.

Sedikit sinopsis mengenai drama Matahari yang dilakonkannya.

Matahari merupakan kisah seorang wanita yang terus memburu cinta sejati angkara kecundang dalam cinta pertama. Kisah tragis Matahari, seorang wanita kampung naif yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan musibah hidup dan ini telah menukarkannya menjadi wanita penuh keterampilan. Dengan kekuatan dan kepandaian yang ada pada dirinya, pelbagai tipu muslihat dirancang bagi memenuhi keinginan diri. Apakah kesudahan kisah sendu Matahari? anda kenalah saksikannya sendiri di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, 6.30 PM. Hikhik

Cantik tak Aida Aris bila bertudung?

0 ulasan: