Bukan tidak terdetik di hatinya untuk bertudung seperti dituntut agama Islam. Malah, kata bintang yang dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Farah Diana Anuar, 24, dia juga menyimpan hasrat untuk bertudung apabila sampai masanya nanti."Sebenarnya, bertudung bukan perkara asing buat saya kerana kakak dan emak juga bertudung. Masa sekolah dulu saya bertudung, malah memakai tudung apabila menjayakan majlis keagamaan di kampung pada Aidilfitri dan marhaban di Astro serta Hafazan al-Quran di RTM.
"Tidak mustahil, saya bertudung satu hari nanti terutama apabila usia semakin meningkat kerana ia juga fasa kehidupan yang perlu ditempuhi semua orang.
"Tapi saya tidak mahu bertudung sebab terpaksa atau dipaksa orang lain. Soal bertudung ini bukan perkara main-main dan saya tidak mahu apabila bertudung, tetapi masih melakukan perkara dilarang agama."Pada masa sama, tidak mahu bertudung sebab fesyen kerana bagi saya soal menutup aurat ini bukan perkara yang boleh diperlekehkan.
"Saya juga perlu benar-benar bersedia sebelum memutuskan untuk memakai tudung sepenuhnya nanti. Saya tidak mahu sekejap pakai, sekejap buka tudung kerana ia seolah-olah mempermainkan perintah agama," katanya.
Kata Farah, jika bertudung nanti biarlah ia dengan keikhlasan hatinya sendiri untuk menunaikan perintah Tuhan. Malah keluarganya juga tidak ada masalah jika dia bertudung atau tidak kerana mereka tidak pernah memaksa untuk melakukan sesuatu yang bukan kemahuannya.
-Kosmo
Farah AF2 Mula Belajar Bertudung
Sabtu, 18 April 2009Dicatat oleh Izyan di 12:55 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan