Kalau ditanya soal kahwin, masih belum sampai seru lagi bagi Raja Pop Jamal Abdillah untuk mencari pengganti yang lain. Sudah 3 kali dia mendirikan rumahtangga. Sayangnya, ketiga-tiga perkahwinan Jamal itu gagal diselamatkan.
"Semuanya adalah ketentuan Tuhan. Dulu saya sendiri yang mencari jodoh. Rasanya, sekarang ini saya tak mahu lagi fikir itu semua. Saya mahu fikir tentang diri saya saja. Lebih baiklah saya jaga diri saya sendiri. Kalau tidak kesian pada orang lain sebab mereka pula yang jadi mangsa keruntuhan rumah tangga saya.
"Kalau tetap ada jodoh saya, biarlah jodoh itu yang datang dengan sendirinya. Saya tidak akan menolak. Tak mungkin saya dapat melakukannya (menolak jodoh)," katanya.Tidak hairanlah mengapa sisa-sisa hidup Jamal kini lebih banyak ditumpukan kepada Pengasih yang kini sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya sendiri.
"Hidup mati saya adalah untuk Pengasih sekarang ini. Saya sudah tidak ada keluarga lain. Ayah dan ibu pun sudah tiada. Jadi, Pengasihlah satu-satunya keluarga yang saya ada sekarang ini.
"Hendak ke mana pun tiada tempat lagi kecuali Pengasih dan bersama Pengasih juga saya akan terus berjuang, malah bergabung dengan mereka untuk membantu mereka melakukan kerja-kerja amal.
"Sepanjang bersama Pengasih, saya dapat lihat perubahan yang cukup besar berlaku pada diri saya dan ianya adalah satu perubahan yang cukup positif," katanya dengan penuh bersemangat.
Barangkali apa yang dilakukannya dengan Pengasih mempunyai kena-mengena dengan pembedahan yang dilakukannya di bahagian kepala. Pembedahan tersebut meninggalkan kesan parut hingga memaksa Jamal mengenakan rambut palsu.
"Sebenarnya, rakan-rakan saya tak bagi saya pakai rambut palsu. Kata mereka, parut tersebut tidak begitu keterlaluan. Tapi saya yang nak guna rambut palsu itu.
"Ia hanya untuk sementara waktu saja. Bila kesan parut itu sudah hilang, saya akan buka semula rambut palsu ini. Bagaimana fesyen rambut palsu yang saya pakai ini? Nampak OK tak?" katanya secara berseloroh.
0 ulasan:
Catat Ulasan