Semasa majlis ‘post-party’ Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada Sabtu lalu, ramai kalangan artis yang membawa pasangan masing-masing.
Antaranya adalah vokalis Meet Uncle Hussain (MUH), Lan, 27, yang membawa seorang gadis seusia dengannya iaitu Normala Hassan, 27.
Teman wanita yang baru dikenalinya beberapa bulan lalu itu nampak malu-malu ketika disapa dan memintanya bergambar dengan Lan.
Bagaimanapun, senyuman yang tidak lekang dari bibirnya dan tingkah lakunya kelihatan tertib sekali.
Seperti yang diakui oleh Lan, dia menyenangi sikap Normala yang sempoi, menyenangkan, beradap dan hormat kepada orang tua.
Walaupun mereka baru mengenali hati budi masing-masing, Lan berkata tidak mustahil jika dia membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan Normala.“Saya tak kisah sama ada lama atau sekejap kami berkawan, saya ingat nak bertunang dengannya dalam tahun ini. Lagipun, saya nak tunggu apa lagi,” beritahunya.
Lan MUH nak Bertunang Tahun Ini Dengan Normala
Khamis, 16 April 2009Dicatat oleh Izyan di 10:50 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan