RSS2.0

Mawi Kagum Dengan Semangat Pak Lah

Jumaat, 3 April 2009

Kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah beralih tangan kepada Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak berkuatkuasa hari ini (3/4).

Abdullah melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas menerajui negara selama lebih lima tahun. Bagi penyanyi yang popular dengan gelaran ‘Raja SMS’ Asmawi Ani atau Mawi, dia kagum dengan semangat Pak Lah.

“Saya kagum dengan diri, semangat dan kerja Pak Lah.

“Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah sepanjang beliau menjalankan pemerintahannya,” luah Mawi yang sedang sibuk dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008).


-Ehsan mStar-

0 ulasan: