Perbicaraan kes khalwat pelakon popular, Norman Hakim dan Memey Suhaiza di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini (7/4) telah ditangguhkan pada tarikh 15 Mei depan setelah Hakim Syarie, Wan Mahyuddin menarik diri daripada membicarakan kes ini.
Tindakan tersebut adalah atas arahan Ketua Hakim Syariah Selangor disebabkan banyak spekulasi yang telah dikeluarkan oleh pihak media sebelum ini.
Dalam pada itu, Norman dan Memey ketika di luar mahkamah enggan memberikan sebarang komen mengenai perbicaraan kes hari ini.
"Kes ini merupakan urusan mahkamah. Saya fikir lebih baik kami tidak memberikan sebarang komen kerana ia agak sensitif," ulas Norman ringkas.
Memey dan Norman diwakili oleh peguam syarie yang sama iaitu, Fakhrul Azman Abu Hassan.-Ehsan mStar-
Media dipersalahkan Kes Norman Hakim & Memey
Selasa, 7 April 2009Dicatat oleh Izyan di 5:51 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan