Pasti ramai yang terkejut dengan tajuk berita di atas. Apa tidaknya, pelakon kontroversi Memey buat ‘perangai’ lagi. Kali ini dia cuba menggoda ‘buah hati’ Sari Yanti. Kasihan pula kepada Sari. Dia ini memang seorang yang lemah-lembut dan tidak suka mencari gaduh dengan orang lain. Mungkin sebab itu dia mudah menjadi mangsa buli kepada wanita lain. Tentang Memey, rasanya tidak perlulah penulis terangkan dia ini macamana orangnya. Satu ‘Malaya’ sudah tahu. Agak-agaknyalah, siapa yang akan memang dalam situasi ini?
Sudah tentu ramai yang mahu Sari menang, bukan? Iyelah, bukan ke dia baru sahaja bersatu dengan ‘buah hati’nya itu? Masih dalam suasana berbulan madu lagi. Jangan risau, buah hati yang maksudkan itu bukanlah suami kesayangan Sari, tetapi Ilham, buah hati Sari di dalam drama online terbaru yang berjudul ‘Mingguan Lelaki’.
Memey bukanlah sekeji yang anda fikirkan awal-awal tadi. Perlakuannya itu semata-mata mahu menjayakan watak Farah, seorang penyanyi popular yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan karier seninya terus bertahan.
Sari pula memegang watak Misha, seorang pensyarah ekonomi yang berkawan rapat dengan Ilham sejak kecil lagi. Tanpa pengetahuan Ilham, Misha rupa-rupanya menyimpan perasaan cinta terhadap dirinya.
-Gua
Memey Rampas Buah Hati Sari Yanti
Ahad, 19 April 2009Dicatat oleh Izyan di 3:39 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan