RSS2.0

Mila Tubuhkan Syarikat LuvMILA Corporation

Rabu, 1 April 2009

Wah Mila kini makin maju ke hadapan. Mila atau nama sebanarnya Noorsyarmilla Jirin, merupakan salah satu peserta wanita pertama yang menjuarai Akademi Fantasia. Kini Mila lebih berfikiran hadapan dan berkerjaya dalam bidang kosmetik dan kecantikan. Dia juga telah menubuhakan syarikat yang diberi nama sempena namanya juga iaitu, LuvMILA Corporation Sdn Bhd.Pelbagai jenis produk ditawarkan di bawah jenama LUVMILA seperti penjagaan kesihatan, kulit dan kecantikan yang berasaskan bioteknologi herba dari alam semulajadi.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenainya, anda juga digalakkan sergah/terjah seperti Melodi segera ke laman website-nya di www.luvmila.com atau kepada pengemar blog atau berkomen ke alamat blog www.luvmilaproduct.blogspot.com untuk menjadi pertama dalam merasai produk Mila. Info lanjut, anda juga bolehlah menghubungi talian 016-2631987 (Lembah Klang), 012-2332092 ( Zon Pantai Timur) dan 019-4430415 (Zon Utara).

KENALI PRODUK LUVMILA

1. LuvMILA Feminine Wash - Dirumus khusus untuk membersihkan bahagian peribadi wanita dengan bersih dan selamat kerana ia dirumus menggunakan ekstrak serta herba semulajadi seperti ekstrak serai wangi dan Kacip Fatimah untuk menambahkan lagi kesegaran.

2. LuvMILA Intimate Spray - Diperkenalkan dalam bentuk semburan wangi bagi memudahkan penggunaannya dan sesuai bagi golongan wanita yang sibuk dengan kerjaya.

3. LuvMILA Honey Prune - Kaya dengan kandungan potassium dan anti-oksidan dan pengambilan seharian Honey Prune ini diakui dapat menyihatkan badan dan mengekalkan kecantikan.

0 ulasan: