RSS2.0

Diana Rafah dan Zamarul Hisyam di WHI

Rabu, 6 Mei 2009










Diana Rafah dan Zamarul Hisyam dijemput dalam WHI kelmarin (5/5) dengan membincangkan tajuk 'Lamanya Cinta' yang sudah pernah berdua mereka alaminya dengan bercinta selama 8 tahun dan bakal bernikah pada 16 mei ini. Wah sungguh sejati cinta mereka ini selama 8 tahun (penulis lagi hebat, nak dekat 10 tahun dah ni, hehe). Selain mereka berdua, turut menjadi kejutan adalah Norish Karman yang menghostkan program tersebut bersama dengan Azizah Ariffin.

Di petik dari Kosmo
Cinta 165

Tarikh pernikahannya iaitu pada 16 Mei 2009 di Masjid Shah Alam, ia sebenarnya terselit seribu maknanya yang sengaja dipilih bakal suaminya itu.

Menurutnya, satu membawa maksud ihsan, enam (rukun Iman) dan lima (rukun Islam), malah kebetulan tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu yang sangat bersesuaian untuk diadakan sebuah majlis perkahwinan.

Uniknya, Diana juga bakal menerima hantaran berjumlah RM16,500.

"Saya hanya ikut sahaja, dia (Zamarul) memang nak sangat kahwin tahun ini sebab dia kata tahun ini sangat sesuai untuk melangsungkan perkahwinan.
"Jadi saya menerima dengan hati yang terbuka. Tarikh dan jumlah hantaran bukan sahaja simbolik tetapi mempunyai makna yang cukup besar pada kami berdua," katanya.

0 ulasan: