RSS2.0

Eja Bakal Dapat RM240,000

Selasa, 5 Mei 2009

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (5/5) diberitahu pelakon Eja (Siti Shahrizah Saifuddin) berhak mendapat ganti rugi sebanyak RM240,000 selepas Syarikat Gulatis Exclusive Sdn Bhd (Gulatis) mengingkari perjanjian lisan apabila menggunakan gambar pelakon itu pada papan iklan, poster dan banner.

Mohd Silahuddin Jamaluddin Silahuddin, 45, yang merupakan pengurus pelakon itu berkata Eja berhak menuntut bayaran itu kerana pihak Gulatis masih menggunakan gambar Eja sehingga 2006 bagi tujuan promosi sebuah pertandingan yang dianjurkan syarikat itu walaupun tempoh kontrak tamat pada 30 Sept 2005.

"Pada 30 September 2005 pihak kami menganggarkan bayaran adalah RM20,000 tetapi jumlah itu dinaikkan kepada RM240,000 pada Februari 2006 kerana disebabkan gambar Eja masih digunakan Gulatis di cawangannya di sekitar Lembah Klang.
"Ekoran kejadian itu, pihak kami terpaksa menilai semula ganti rugi yang harus dibayar Gulatis memandangkan gambar Eja digunakan dan jumlah itu wajar berdasarkan pengiraan kehilangan pendapatan dari kontrak lain," katanya lagi.
Ketika menjawab soalan peguam yang mewakili Eja, R. Thayakugan, Mohd Silahuddin berkata menerusi perjanjian lisan yang dibuat, gambar Eja hanya untuk borang peraduan tetapi penggunaannya diteruskan tanpa mengikut syarat perjanjian asal dan ia diketahui selepas adiknya menelefon memberitahu gambar Eja terpampang di sekitar ibu kota.

Katanya, pihaknya kemudian menghubungi Pegawai Perhubungan Awam Gulatis, Jasleen Kaur dan diberitahu bahawa Gulatis mengambil keputusan menggunakan gambar Eja tanpa kebenaran sebagai usaha menggalakkan lagi sambutan bagi peraduan "Guess Who and Win" anjuran syarikat itu.

Pasal poster pun nak saman-saman

0 ulasan: