RSS2.0

Gambar Baby Zain Ruffedge

Sabtu, 9 Mei 2009



Tahniah untuk Zain dari kumpulan Ruffedge dan juga isterinya, Khazmira. Biarpun usia perkahwinan mereka belum menjangkau setahun tetapi Tuhan telah pun mengurniakan cahaya mata pertama mereka pada 5 Mei lalu.

Ternyata ikatan pernikahan pada 8 Ogos tahun lepas diperkukuhkan lagi dengan kehadiran si comel yang diberi nama Arianna Rania Mohd Kamaruzaman Zain yang lahir kira-kira jam 7.52 petang di sebuah hospital swasta di Kajang


“Alhamdulillah, Tuhan memberi kami rezeki dengan cepat sekali. Isteri saya bunting pelamin dan tanggal 5 Mei tu memang tarikh dia bersalin mengikut kiraan doktor. Tetapi bila sampai tarikh tu isteri saya tidak ada tanda-tanda untuk bersalin. Lebih kurang jam 8 pagi apabila kami sampai ke hospital doktor terus memberikan suntikan kepadanya. Lebih kurang 12 jam kemudian, barulah dia melahirkan Arianna.

“Dia lahir secara normal dan disahkan sihat oleh doktor. Beratnya 3.03 kg. Sebenarnya dalam 12 jam penantian tu bukan isteri saya sahaja yang berdebar tetapi saya sendiri pun tak sabar nak tengok wajah ‘junior’ saya,” ujar Zain lagi.
Menurutnya, dia sentiasa berdoa semoga Arianna akan menjadi insan yang berguna. Tentang kerjaya, Zain tidak kisah jika anaknya membuat pilihan sendiri tetapi yang pasti dia mahu pilihan itu tepat untuk dirinya.
“Biarlah dia membesar dengan didikan agama yang betul. Semoga hidupnya akan diberkati dunia dan akhirat,” ujar Zain dengan gembira.

0 ulasan: