RSS2.0

Erra Fazira Selamat Lahirkan Engku Aleesya

Isnin, 30 Mac 2009

'Alhamdulillah, Suria fm sudah mempunyai seorang pendengar baru Engku Aleesya, yang selamat dilahirkan pada 11.40 pagi," begitu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin kepada mStar sebentar tadi, 30 Mac 2009.

Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal di Damansara Specialist Center, PJ.Emran jelas amat teruja dengan kelahiran anak sulungnya.

"Erra dan Aleesya dalam keadaan sihat," kata Emran lagi. Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam (29/3) setelah mengalami kesakitan.

Pada jam 3 petang nanti, Engku Emran akan mengadakan sebuah sidang akhbar di Damansara Specialist Center.

-Gambar akan diupdates. Kunjungi blog ini senantiasa atau melanggan di bahagian Via eMail-

0 ulasan: