RSS2.0

Isteri Akhil Hayy Mula Jadi Spy?

Isnin, 30 Mac 2009

Rumah tangga artis lebih besar cabarannya kerana mereka insan dikenali ramai dan setiap tindak-tanduk mereka mendapat perhatian.

Teringin berkongsi satu cerita yang dimaklumkan mengenai sikap isteri penyanyi nasyid terkenal ini. Menurut sumber berkenaan,disebabkan pelbagai gosip membabitkan suaminya bersama seorang teman artis heboh diperkatakan sehingga mencetuskan kontroversi, menyebabkan isterinya tidak senang duduk.Difahamkan, sebelum ini isteri artis itu langsung tidak pernah mengambil tahu dan boleh dikatakan cukup memahami aktiviti seni suaminya yang selalu sibuk. Namun, selepas mendapat tahu gosip membabitkan suaminya itu, si isteri mula ragu-ragu dan curiga.

Mungkin selepas berdepan dugaan itu, isteri mula bersifat berjaga-jaga malah mengambil berat aktiviti seni suaminya. Difahamkan, isteri artis itu kerap bertanyakan rakan suaminya mengenai aktiviti dijalankan.

Malah isteri artis itu turut menghubungi stesen televisyen untuk bertanyakan aktiviti suaminya hampir setiap masa. Difahamkan lagi, sikap cemburu menunjukkan keprihatinannya kepada suami.Bak kata orang, cemburu tandanya sayang.

Bagaimanapun, diharap isteri penyanyi itu berhati-hati dengan tindakannya jangan keterlaluan sangat nanti dia pula diburukkan orang apabila dituduh 'Queen Control'. Nanti orang berkata-kata di belakang, patutlah suaminya digosipkan sudah bernikah dengan artis itu kerana isterinya yang tidak pandai menjaga suami.

Tindakan isteri penyanyi itu juga boleh disifatkan mengganggu ketenteraman dan urusan orang lain terutama sumber terdekat yang bekerja di stesen televisyen itu.

Diharap pasangan itu dapat berbincang mengenai perasaan tidak puas hati dan apa saja perkara berbangkit. Pada penyanyi berkenaan, jangan sampa imembuatkan isteri risau dengan tindakannya. Jadi, sentiasalah memaklumkan aktiviti seni membabitkan dirinya supaya isteri tidak curiga.

-Ehsan Kosmo-


Baca lagi...

Hajjah Yuni Shara & Cik Azharina Seksi

Gambar ni adalah 2 aksi ibu tunggal atau mak janda yang masih hot lagi walaupun ditinggalkan suami. Si Azharina tue memang terkenal dengan aksi seksinya, almaklumlah dah memang berbakat jadi seorang model. Tapi yang menyedihkan seorang artis lagi nie dari Indonesia, mak janda yang begelar Hajjah ni selepas kepulangannya pada akhir Disember 2007, Masyallah, sekali terlebih seksi dah.. Tak Caya? jom tengok ni.


Baca lagi...

Afgan Bukan taste Arumi

Banyak spikulasi mengatakan jika artis muda belia nan cantik, Arumi Datchin, mempunyai kekasih dengan bentuk fizikal manis berlesung pipi, Afgan Syah Reza. Ternyata hal itu dinafikan oleh Arumi. Selain sememangnya Arumi masih dilarang bercinta, ternyata Afgan bukan tipe cowok yang didambanya."Aku pengen cowok yang tinggi, tegap, dan berewok. Tapi bukan berewok panjang seperti terorist, namun berewok yang memberikan efek macho," ungkapnya lagi.

"Belum boleh bercinta bukan bererti tidak boleh berangan-angan punya cowok kan?" sambungnya.Itu baru bahagian dari bentuk fizikalnya saja, kalau dari kepribadian Arumi pingin orang yang boleh menerima dia apa adanya.

"Yang penting dia baik, terima aku apa adanya, perhatian dan melindungi," jelasnya.


Baca lagi...

Erra Fazira Selamat Lahirkan Engku Aleesya

'Alhamdulillah, Suria fm sudah mempunyai seorang pendengar baru Engku Aleesya, yang selamat dilahirkan pada 11.40 pagi," begitu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin kepada mStar sebentar tadi, 30 Mac 2009.

Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal di Damansara Specialist Center, PJ.Emran jelas amat teruja dengan kelahiran anak sulungnya.

"Erra dan Aleesya dalam keadaan sihat," kata Emran lagi. Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam (29/3) setelah mengalami kesakitan.

Pada jam 3 petang nanti, Engku Emran akan mengadakan sebuah sidang akhbar di Damansara Specialist Center.

-Gambar akan diupdates. Kunjungi blog ini senantiasa atau melanggan di bahagian Via eMail-


Baca lagi...

Baju Sama: Siti Nurhaliza & Zamzarina

Lagi cerita pasal artis kongsi baju. Kali ni giliran Dato’ Siti Nurhaliza dan Zamzarina pulak. Sama kan baju yang Dato’ Siti Nurhaliza pakai dan Zamzarina pakai. Ditambah lagi dengan fesyen tudung saji Siti Nurhaliza. Adakah baju ini baju sponsor?


Baca lagi...

Ozlynn Nafi ada Anak, Rezeki Johan Bertambah

Sementara itu, gosip sebelum ini tersebar kononnya Ozlynn sudah pun mempunyai seorang anak.

Ditebak persoalan itu, Ozlynn bagaimanapun enggan mengulas panjang perkara tersebut.

"Tentang anak, saya tak mahu komen. Apa yang boleh saya bagi tahu, saya menjaga seorang anak lelaki yang berusia lima tahun," tegasnya

Sebenarnya, sejak kontroversi mengenai hubungan cinta mereka kecoh diperkatakan, nama Ozlynn baru dikenali umum, walaupun dia sudah 14 tahun bergelar seorang anak seni.

Ozlynn juga dikatakan mencipta nama atas dasar populariti Johan semata-mata. Namun, kerana kontroversi yang ditimbulkan itu juga, rezekinya semakin melimpah ruah. Begitu juga dengan Johan.

"Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih kepada orang yang membuat kecoh tentang kami kerana rezeki kami semakin terbuka luas.

"Alhamdulillah banyak tawaran yang kami terima. Sekarang ini kami baru saja selesai penggambaran drama YB, Isteri dan Janda. Sebelum itu, Johan juga berlakon dalam drama Impak Minima.

"Pada masa akan datang, saya akan mengacarakan program memasak pula dan akan pusing satu Malaysia. Kasihan Johan, selama 20 hari saya akan tinggalkan dia," selorohnya.

Mendengar kata Ozlynn, terus Johan berkata sambil membuat mimik muka: "Kenalah ikut sama! Ozlynn sebenarnya ialah pembantu peribadi (PA) saya dan saya juga PA dia.

"Bila dia ada penggambaram, saya akan ikut dia. Begitu juga dengan saya bila ada penggambaran, dia pula akan ikut saya. Tak payah pakai PA."

-Ehsan Kosmo-


Baca lagi...

Pernikahan Yatt dan Abdul Mutalib

Dengan sekali lafaz, pelakon Haryati Hamzah yang mesra dipanggil Yatt, 29, akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29, pada majlis pernikahan mereka di rumah keluarga Yatt di Seremban, Negeri Sembilan, semalam (29/3).Majlis yang bermula sekitar 2.30 petang itu diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, saudara-mara dan kenalan rapat mereka.

Pada majlis bersejarah mereka itu, Yatt menerima mas kahwin sebanyak RM280.80 serta lima dulang hantaran oleh pihak lelaki dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.Yatt bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran yang diberikan oleh suaminya itu.

-Ehsan mStar-


Baca lagi...

Tomok Berjaya Mendapat Imuniti

Syabas di ucapkan kepada Tomok kerana berjaya mendapatkan imuniti pada peringkat Top 7, maka secara automatiknya peminat Tomok tidak perlu mengundi beliau pada minggu ini. Ini bukan cerita dongeng, mengkagumi dengan keupayaan Tomok mengolah lagu, sehingga lagu Syafinaz (Juri Tetap OIAM) bertajuk Ingin Bersamamu yang asalnya berentak balada sudah diolah menjadi lagu rancak.


Antara pesaing terdekat Tomok, Esther turut memberikan persembahan hebat dengan menjadikan lagu rancak I Dont Love You nyanyian My Chemical Romance menjadi rentak perlahan. Cuma impak yang ditinggalkan agak kurang, mungkin kerana tidak ramai penonton yang mengetahui melodi asal lagu tersebut. Penulis juga mengambil masa yang agak lama untuk menangkap melodi lagu I Dont Love You versi Esther, sehinggalah sampai part verse, barulah ada umpph.

Manakala, peserta lain memberikan persembahan yang agak baik, cuma tidaklah terlalu menonjol berbanding Tomok & Esther. Mereka perlu bekerja lebih keras lagi, kerana hadiah yang ditawarkan bernilai 1 juta, bukan calang-calang.


Baca lagi...

Penyanyi Miller ada tattoo?

Ada lah terdengar atau terlihat satu video dari stesen tv terkenal TVRI, mewawancarakan dengan Miller penyanyi Indonesia top masa kini. Namun bukan soal tatoo yang dibicarakan. Namun soal tatoo berkenaan hanya dapat dikesan melalui seimbas pandang video ini. Jadi persoalannya disini, Miller ni muslim atau non muslim? ahaks.




Baca lagi...

Gambar Fida Bertudung Cantik

Sejak akhir-akhir ini, bintang ciptaan Pantene, Rafida Ibrahim atau Fida (sepupu Siti Nurhaliza) yang bertudung cantik itu semakin menjadi perhatian. Selain berbakat sebagai pengacara Fida juga boleh menyanyi malah menulis buku. Wanita melayu terakhir ni. Ahaks.


Baca lagi...

Scha Dan Fahrin akan Berpisah

Selepas 5 bulan digosipkan mempunyai hubungan rapat berbaur percintaan, hubungan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha, 25, bersama pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 28, kini telah beransur renggang.

Perkara itu diakui sendiri oleh Scha. Apakah yang telah berlaku dalam hubungan mereka yang sebelum ini dikatakan mesra dan intim?"Kami bukannya berkrisis tetapi semakin berjauhan kerana bebanan tugas. Kami tidak ada banyak masa untuk berjumpa," kata Scha. Namun dia masih menafikan belum terikat kukuh dengan sesiapa pun termasuklah Fahrin.

"Sampai kehari ini hubungan saya dengan Fahrin sekadar berkawan sahaja. Kami biasanya bertemu ketika di lokasi penggambaran dan majlis hiburan. Itu pun hanya beberapa kali sahaja.

"Saya sebenarnya seorang yang berhati-hati untuk mencari pasangan. Saya tidak suka hubungan sekerat jalan. Kalau saya sayangkan seseorang itu, saya akan sayang dia betul-betul. Masa saya sekarang lebih banyak ditumpukan kepada kerjaya saya," kata Scha lagi.

Scha, baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak yang turut dibintangi Catriona Ross, Awie, Eman Manan, Chaq, Memey Suhaiza, Adam AF2 dan Zarina AF2. Dimensi Cinta merupakan kisah benar mengenai liku-liku hidup yang dilalui seorang ibu tunggal bernama Raja Soffhie lakonan Catriona Ross.

Dari sudut kerjaya, Scha bertuah kerana selepas 2 tahun menjadi pelakon, dia semakin banyk mendapat tawaran drama dan filem. Namanya melonjak dalam siri Awan Dania yang ke udara di Astro.

Dia turut meluahkan rasa terujanya apabila buat pertama kali tercalon dalam senarai Top 5, Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH08). Malam kemuncak anugerah berprestij itu akan berlangsung pada 12 April nanti dan Scha bersaing hebat dengan Stacy, Ayu, Lisa Surihani serta Sari Yanti.

-Ehsan Murai-


Baca lagi...

Penulis: Earth Hour Menyusahkan?

Ha nie sekadar artikel tambahan sahaja dari penulis. Memang tidak dinafikan, ramai orang yang telah menyahut cabaran ini semalam, (28/3). Hampir setiap negara di Asia Tenggara mengambil bahagian dan termasuk juga negeri-negeri di Malaysia.

Namun mengikut pandangan kaca mata kasar penulis izyan.com, Earth Hour mungkin pembawa masalah. Ramai mungkin menyangkal dakwaan ini, namun ini adalah pandangan dari mata kasar sahaja. Yang pertama penulis nak tekankan, bila keadaan sudah menjadi gelap, apa-apa sahaja boleh berlaku, seperti kes jenayah termasuk pencurian, pencabulan dan juga maksiat yang hanya dilakukan dalam sekelip mata.

Kecurian
Aktiviti ini mungkin menjadi saat-saat yang dinanti oleh sesetengah pencuri untuk menceroboh masuk ke dalam rumah atau mana-mana tempat untuk mencuri dalam masa 1 jam berkenaan. maka peluang ini amatlah besar bagi pencuri untuk menembusinya dalam kegelapan yang telah dirancang.

Pencabulan
Bila dah gelap, orang yang berfikiran dan berhawa nafsu tinggi sudah mesti mengambil kesempatan yang terlentang luas. Apatah lagi ketika sambutannya di bandar-bandar utama jika berkumpul beramai-ramai. Mesti yang terpekik 'wau' akibat pencabulan ini.

Maksiat
Dan bila dah gelap juga, pasangan haram ni selalu ambil kesempatan waktu-waktu begini, nak berkiss sana sini, nak berpeluk sana sini, nak pegang itu ini. Sepertinya gelap itu sesuatu yang harus diamati dengan penuh kegembiraan di waktu menyambutnya di bandar-bandar utama atau sesetengah tempat yang menjayakannya.

Program Eath Hour bagi penulis ini cuma pendapat/kajian Saintis Barat sahaja mengenai isu pemanasan global dan sekali gus cara untuk menyelamatkan bumi. Secara logiknya juga, pemanasan global juga tidak akan menurun dengan drastik, jika aktiviti-aktiviti seperti pembakaran hutan, kilang-kilang, penggunaan CFC, penghawa dingin dan juga lain-lain tidak dikurangkan.

Namun kalau diikutkan oleh kaca mata kasar penulis, pemanasan global ini adalah ketentuan Allah SWT, ssuatu ujian yang terkandung seribu hikmah didalamnya. Seharusnya kita sebagai orang Islam menyedari bahawa dalam proses menyelamatkan bumi adalah dengan beribadah dan beramal soleh agar kita menjadi redha dan tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT. Semakin beriman dan beramal soleh semakin beratlah ujian daripadaNYA.

Eart Hour sekarang diperkenalkan agar generasi akan datang dapat menjayakannya. Menjayakan seperti yang tertera 3 perkara diatas atau lebih??? dan bakal menjadi suatu tradisi dan perayaan yang harus dirayakan setiap tahun yang akan datang. Kini, anda fikir sendiri kewajarannya.


Baca lagi...

Marsha Dan Kefli Berpisah?

Hubungan cinta antara bekas pelajar Akademi Fantasia 3, Marsha dan Kefli sememangnya sudah diketahui umum sejak dulu lagi. Namun baru-baru ini tersebar pula khabar angin yang mengatakan hubungan mereka sudah berakhir. Pelbagai andaian dan spekulasi tentang perpisahan mereka, termasuklah puncanya dikatakan kerana Marsha yang sudah ‘beralih arah’ dan menjalinkan hubungan cinta dengan VIP kenamaan.Menyentuh tentang hubungannya dengan Kefli, Marsha yang pada mulanya enggan memberi komen, akhirnya mengaku hubungan mereka sudah berakhir. Kata Marsha, dia bukannya sengaja mahu merahsiakan hal sebenar tetapi dia lebih suka mengunci mulutnya daripada terus ‘mencanang’ tentang hubungan mereka.
Bagaimanapun, Marsha menafikan punca perpisahannya dengan Kefli itu adalah disebabkan ‘orang ketiga’ seperti mana yang digembar-gemburkan itu. Marsha bukannya tidak pernah dihimpit VIP, aktres jelita bak ‘supermodel’ ini lebih senang memilih orang biasa berbanding VIP. Marsha sendiri mengakui bercinta dengan VIP pasti banyak risikonya dan sejak dulu lagi dia cuba mengelak dari menjalin hubungan dengan golongan ini.


Baca lagi...

Temubual Skandal Khalwat Zamzarina

Zamzarina Zambry, 36, Namanya menjadi panas bila dikaitkan dengan kes tangkapan khalwat bersama seorang pegawai kanan di Kementerian Penerangan.

Pada 8 Mac lalu, Zamzarina membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields setelah namanya dibabitkan dengan kes khalwat itu.

Pada hari yang sama, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf juga membuat laporan polis di balai yang sama.

Apa perkembangan kes khalwat yang melibatkan anda dan KSU?
Sekarang semuanya berada di bawah siasatan polis. Saya tidak boleh mengulas. Biarlah pihak polis melakukan kerja mereka.

Benar ini satu fitnah?
Jelas sekali kerana sewaktu kejadian didakwa berlaku, saya berada di London untuk menghadiri Majlis Kraf Malaysia. Itulah yang menyebabkan saya membuat laporan polis kerana isu ini boleh menjejaskan nama baik saya dan RTM.

Sebarang impak untuk diri dan kerjaya anda?
Tidak ada. Saya yakin orang sekarang tidak mudah percaya dengan SMS.

Bagaimana anda mendapat tahu tentang cerita ini?
Saya menerima panggilan daripada seorang. Saya di London dan hanya ketawa bila mendengarnya.

Apa nasihat KSU kepada anda?
Dia kata ini adalah harga yang saya perlu bayar jika mahu melakukan perubahan. Bukan semua orang suka kita. Tapi saya rasa orang bukan sasarkan saya sebenarnya tetapi dia.

Bagi saya, saya perlu gagah dan pekakkan telinga. Saya perlu berani kerana saya berada di pihak yang benar. Kenapa saya perlu lari kalau ia tidak betul?

Malah saya juga mendapat respons daripada para peminat yang menyuruh saya bersabar dan mereka memberi sokongan kepada saya.

Kamu masih berkahwin atau sebaliknya? Bagaimana keluarga anda menerima berita ini?
Saya adalah isteri kepada Adnan Deraman yang bertugas di Majlis Perbandaran Subang Jaya dan ibu kepada tiga orang anak. Suami saya percayakan saya.

Keluarga saya juga bertanya kepada saya tentang kebenaran berita itu. Mereka sudah faham asam garam dunia begini dan mereka juga tahu saya orang yang bagaimana.

Sebelum ini anda kurang dikenali. Adakah isu ini memberi ruang yang besar untuk anda?
Mungkin juga - sesuatu yang dipanggil blessing in disguise.

Adakah anda mangsa kepada perasaan cemburu orang terhadap anda?
Tak boleh nak kata. Pihak polis akan menyiasatnya.

Serapat mana hubungan anda dengan KSU? Mungkin kerana rapat hingga membuatkan ada yang tidak senang?
Rapat yang profesional. Saya terlibat sebagai jawatankuasa yang mendapatkan maklum balas terhadap perubahan yang dilakukan di RTM. Saya berada dalam sebuah kumpulan yang menjalankan tugas itu.

Saya juga adalah staf hakiki di sini dan juga petugas bahagian hadapan di RTM. Saya membantu dari sudut itu.

KSU perlukan staf untuk membuat tugasan itu. Bukan sahaja dia, tetapi saya juga berhubungan dengan menteri lain untuk tugasan saya.

-Ehsan Kosmo-


Baca lagi...

Giliran Obri Dan Rini Tersingkir Awal

Konsert Akademi Fantasia pada malam tadi menyingkirkan dua orang pelajar sekaligus iaitu Obri dan Rini ekoran dari mendapat undian paling sedikit. Ini bermakna, ada 11orang lagi pelajar akan meneruskan perjuangan merebut gelaran juara AF7. Malam tadi semua pelajar tampil dengan lagu-lagu popular pada era 1970-an dan 1980-an.Semoga kedua-dua bekas pelajar ini sukses menjadi bintang.


Baca lagi...

Gambar Nana Era Fm Masa Kecil

Ha nak lihat Nana Af2 masa kecil-kecil? ada gambarnya disini. Tengok betapa comelnya dier. Tak sangka tak lama lagi dia akan menjadi milik orang, si Brian atau bakal menjadi seorang isteri dan juga ibu. Ahaks.
-Ehsan Era FM-


Baca lagi...

Aksi Nik Zaris Nellydya Bercium

Haiyo, kenal tak pelakon Nik Zaris Nellydya? apa? tak kenal? ala yang pelakon Spa Q tue. Ha kenal pun. Ni terbaru mengenainya, aksi nyaris ciuman dari bibir ke bibir oleh kekasihnya. Mungkin ini gambar yang sempat tersebar meluas, mana tahu juga kan ada gambar 'lain' yang masih di sorok dengan aksi yang 'lebih' lagi. Almaklumlah, teknologi semakin canggih, daya pemikiran juga makin menjadi-jadi. Apa tu, "cara tidak menghalalkan matlamat". Ahaks.


Baca lagi...

Artis Yang terlibat Dalam 60 Earth Hour

60 Earth Hour sekarang makin popular atau mendapat sambutan sejak pelancarannya pada tahun 2007. Namun kebarangkalian, cuma bangunan di bandar sahaja yang berbuat demikian dan tidak di luar bandar. Artis-artis pun ada juga terlibat bersama dalam menjayakan kempen ini, mereka menjayakannya di Menara Kuala Lumpur, jam 8 malam nanti waktu Malaysia. Gambar di bawah ini adalah sesi raptai atau fotografi mereka sahaja. Ahaks.*klik untuk besarkan gambar..
Ehsan earthhour.org.my


Baca lagi...

Gambar Que Haidar Ketika Remaja

Ini adalah gambar Que Haidar ketika zaman remajanya bersama kumpulan Shogunz lebih kurang 7 tahun dulu. Penulis rasa anda boleh agak yang mana satu Que. Penulis pun baru tau yang dia ni dahulu ada band nyanyi-nyayi. Dan sekarang dah beralih arah kepada bidang lakonan juga dan sudah menamatkan zaman bujangnya dengan janda anak 1, siapa lagi kalau bukan Linda Jasmin. Ahaks.


Baca lagi...

Wiwid Gunawan Memakai Kemeja-T Rolling Stones

Seksinya pelakon Indonesia, Wiwid Gunawan memakai sepasang Kemeja-T Rolling Stones. Penulis rasa Wiwid hendaklah memakai baju-t berkenaan lebih kerap, ia adalah membuat dia lebih muda dan fresh dalam mata peminat. Dan tentang gambar-gambar di bawah ini, penulis suka memperlihatkan apabila dia mengangkat dia memberi, ia amat seksi sekali dan seperti mahu menarik cinta.


Baca lagi...

Gosip Eira Syazira Dengan Ryzal?

Pelakon popular yang didakwa menyulam cinta dengan Ryzal iaitu Eira Syazira mengaku dia mula mengenali Ryzal selepas terlibat dalam penggambaran drama bersiri 26 episod, Issandra kira-kira empat bulan lalu.

“Saya memang berkawan dengan Ryzal. Dia adalah seorang lelaki yang peramah dan menghormati orang lain sepanjang tempoh perkenalan kami.“Saya okey sahaja berkawan dengan dia, namun perhubungan kami sekadar macam kawan biasa. Cuma tiadalah sampai ingin bercinta dan mempunyai hubungan istimewa.

“Selebihnya saya enggan komen lebih-lebih kerana saya tidak selesa apabila kisah peribadi saya menjadi tajuk perbualan di media cetak dan elektronik.

“Janganlah masyarakat mensensasikan persahabatan saya dan Ryzal. Saya baru sahaja hendak melibatkan diri dalam lapangan seni sekali gus melakar nama sebagai pelakon.

“Kalau perihal peribadi terlalu diuar-uarkan, tetapi mutu lakonan saya masih belum dapat dibuktikan kepada umum, kesudahannya saya juga yang dapat malu kelak.

“Saya merayu sangat agar gosip ini dihentikan. Berilah ruang kepada saya untuk meneruskan kerjaya lakonan berbanding bercakap bab cinta dan perkara remeh-temeh,” luah wanita berusia 25 tahun itu mohon dimengertikan.

-Ehsan Kosmo-


Baca lagi...

Gambar Diana Johor Kahwin

Pada entri yang lepas yang sudah terdelete, ada komentar yang tertanya-tanya mengapakah Diana Johor berada dalam gambar bersama keluarga bekas suami Nora Danish. Diana Johor merupakan menantu kepada Tan Sri Ramli, iaitu ayah kepada bekas suami Nora Danish. Dan ini adalah gambar Diana Johor berkahwin dengan Ramelle Ramli pada 7 Febuari yang lepas. (Maaf terlambat nak post) Ahaks.


Baca lagi...

Lakonan Norman Hakim Pondan Haram

Isu Norman Hakim kini semakin hari semakin panas meledak. Malah bukan dia sahaja menjadi mangsa kontroversi ini namun kesemua krew-krew yang terlibat dalam filem berkenaan termasuk Fizz. Ini bukan tuduhan namun ianya pandangan benar dari seorang ulama mengikut sumber-sumber al Quran dan as Sunnah. Ikuti ulasan mufti Johor mengenai isu berkenaan.
*klik gambar untuk besarkan jika perlu sahaja


Baca lagi...

Gambar Terbaru Nia Ramadhani

Namanya yang sudah melonjak semenjak kemunculannya dalam drama bersiri paling popular, Bawang Merah Bawang Putih, kini lebih kelihatan cerah dan manis. Selain dari itu, dia juga bakal menjadi menantu kepada jutawan dan hartawan Indonesia, Bapak Abu Rizal Bakrie dengan menjalinkan hubungan kekasih dengan Ardie Bakrie. Walaupun usianya dibawah 20 tahun, namun undang-undang pemerintahan Indonesia membolehkan pernikahan seusia berkenaan. Ahaks.


Baca lagi...