RSS2.0

Isteri Akhil Hayy Mula Jadi Spy?

Isnin, 30 Mac 2009

Rumah tangga artis lebih besar cabarannya kerana mereka insan dikenali ramai dan setiap tindak-tanduk mereka mendapat perhatian.

Teringin berkongsi satu cerita yang dimaklumkan mengenai sikap isteri penyanyi nasyid terkenal ini. Menurut sumber berkenaan,disebabkan pelbagai gosip membabitkan suaminya bersama seorang teman artis heboh diperkatakan sehingga mencetuskan kontroversi, menyebabkan isterinya tidak senang duduk.Difahamkan, sebelum ini isteri artis itu langsung tidak pernah mengambil tahu dan boleh dikatakan cukup memahami aktiviti seni suaminya yang selalu sibuk. Namun, selepas mendapat tahu gosip membabitkan suaminya itu, si isteri mula ragu-ragu dan curiga.

Mungkin selepas berdepan dugaan itu, isteri mula bersifat berjaga-jaga malah mengambil berat aktiviti seni suaminya. Difahamkan, isteri artis itu kerap bertanyakan rakan suaminya mengenai aktiviti dijalankan.

Malah isteri artis itu turut menghubungi stesen televisyen untuk bertanyakan aktiviti suaminya hampir setiap masa. Difahamkan lagi, sikap cemburu menunjukkan keprihatinannya kepada suami.Bak kata orang, cemburu tandanya sayang.

Bagaimanapun, diharap isteri penyanyi itu berhati-hati dengan tindakannya jangan keterlaluan sangat nanti dia pula diburukkan orang apabila dituduh 'Queen Control'. Nanti orang berkata-kata di belakang, patutlah suaminya digosipkan sudah bernikah dengan artis itu kerana isterinya yang tidak pandai menjaga suami.

Tindakan isteri penyanyi itu juga boleh disifatkan mengganggu ketenteraman dan urusan orang lain terutama sumber terdekat yang bekerja di stesen televisyen itu.

Diharap pasangan itu dapat berbincang mengenai perasaan tidak puas hati dan apa saja perkara berbangkit. Pada penyanyi berkenaan, jangan sampa imembuatkan isteri risau dengan tindakannya. Jadi, sentiasalah memaklumkan aktiviti seni membabitkan dirinya supaya isteri tidak curiga.

-Ehsan Kosmo-

0 ulasan: