RSS2.0

Penulis: Earth Hour Menyusahkan?

Isnin, 30 Mac 2009

Ha nie sekadar artikel tambahan sahaja dari penulis. Memang tidak dinafikan, ramai orang yang telah menyahut cabaran ini semalam, (28/3). Hampir setiap negara di Asia Tenggara mengambil bahagian dan termasuk juga negeri-negeri di Malaysia.

Namun mengikut pandangan kaca mata kasar penulis izyan.com, Earth Hour mungkin pembawa masalah. Ramai mungkin menyangkal dakwaan ini, namun ini adalah pandangan dari mata kasar sahaja. Yang pertama penulis nak tekankan, bila keadaan sudah menjadi gelap, apa-apa sahaja boleh berlaku, seperti kes jenayah termasuk pencurian, pencabulan dan juga maksiat yang hanya dilakukan dalam sekelip mata.

Kecurian
Aktiviti ini mungkin menjadi saat-saat yang dinanti oleh sesetengah pencuri untuk menceroboh masuk ke dalam rumah atau mana-mana tempat untuk mencuri dalam masa 1 jam berkenaan. maka peluang ini amatlah besar bagi pencuri untuk menembusinya dalam kegelapan yang telah dirancang.

Pencabulan
Bila dah gelap, orang yang berfikiran dan berhawa nafsu tinggi sudah mesti mengambil kesempatan yang terlentang luas. Apatah lagi ketika sambutannya di bandar-bandar utama jika berkumpul beramai-ramai. Mesti yang terpekik 'wau' akibat pencabulan ini.

Maksiat
Dan bila dah gelap juga, pasangan haram ni selalu ambil kesempatan waktu-waktu begini, nak berkiss sana sini, nak berpeluk sana sini, nak pegang itu ini. Sepertinya gelap itu sesuatu yang harus diamati dengan penuh kegembiraan di waktu menyambutnya di bandar-bandar utama atau sesetengah tempat yang menjayakannya.

Program Eath Hour bagi penulis ini cuma pendapat/kajian Saintis Barat sahaja mengenai isu pemanasan global dan sekali gus cara untuk menyelamatkan bumi. Secara logiknya juga, pemanasan global juga tidak akan menurun dengan drastik, jika aktiviti-aktiviti seperti pembakaran hutan, kilang-kilang, penggunaan CFC, penghawa dingin dan juga lain-lain tidak dikurangkan.

Namun kalau diikutkan oleh kaca mata kasar penulis, pemanasan global ini adalah ketentuan Allah SWT, ssuatu ujian yang terkandung seribu hikmah didalamnya. Seharusnya kita sebagai orang Islam menyedari bahawa dalam proses menyelamatkan bumi adalah dengan beribadah dan beramal soleh agar kita menjadi redha dan tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT. Semakin beriman dan beramal soleh semakin beratlah ujian daripadaNYA.

Eart Hour sekarang diperkenalkan agar generasi akan datang dapat menjayakannya. Menjayakan seperti yang tertera 3 perkara diatas atau lebih??? dan bakal menjadi suatu tradisi dan perayaan yang harus dirayakan setiap tahun yang akan datang. Kini, anda fikir sendiri kewajarannya.

0 ulasan: