RSS2.0

Scha Dan Fahrin akan Berpisah

Isnin, 30 Mac 2009

Selepas 5 bulan digosipkan mempunyai hubungan rapat berbaur percintaan, hubungan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha, 25, bersama pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 28, kini telah beransur renggang.

Perkara itu diakui sendiri oleh Scha. Apakah yang telah berlaku dalam hubungan mereka yang sebelum ini dikatakan mesra dan intim?"Kami bukannya berkrisis tetapi semakin berjauhan kerana bebanan tugas. Kami tidak ada banyak masa untuk berjumpa," kata Scha. Namun dia masih menafikan belum terikat kukuh dengan sesiapa pun termasuklah Fahrin.

"Sampai kehari ini hubungan saya dengan Fahrin sekadar berkawan sahaja. Kami biasanya bertemu ketika di lokasi penggambaran dan majlis hiburan. Itu pun hanya beberapa kali sahaja.

"Saya sebenarnya seorang yang berhati-hati untuk mencari pasangan. Saya tidak suka hubungan sekerat jalan. Kalau saya sayangkan seseorang itu, saya akan sayang dia betul-betul. Masa saya sekarang lebih banyak ditumpukan kepada kerjaya saya," kata Scha lagi.

Scha, baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak yang turut dibintangi Catriona Ross, Awie, Eman Manan, Chaq, Memey Suhaiza, Adam AF2 dan Zarina AF2. Dimensi Cinta merupakan kisah benar mengenai liku-liku hidup yang dilalui seorang ibu tunggal bernama Raja Soffhie lakonan Catriona Ross.

Dari sudut kerjaya, Scha bertuah kerana selepas 2 tahun menjadi pelakon, dia semakin banyk mendapat tawaran drama dan filem. Namanya melonjak dalam siri Awan Dania yang ke udara di Astro.

Dia turut meluahkan rasa terujanya apabila buat pertama kali tercalon dalam senarai Top 5, Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH08). Malam kemuncak anugerah berprestij itu akan berlangsung pada 12 April nanti dan Scha bersaing hebat dengan Stacy, Ayu, Lisa Surihani serta Sari Yanti.

-Ehsan Murai-

0 ulasan: