RSS2.0

Tomok Berjaya Mendapat Imuniti

Isnin, 30 Mac 2009

Syabas di ucapkan kepada Tomok kerana berjaya mendapatkan imuniti pada peringkat Top 7, maka secara automatiknya peminat Tomok tidak perlu mengundi beliau pada minggu ini. Ini bukan cerita dongeng, mengkagumi dengan keupayaan Tomok mengolah lagu, sehingga lagu Syafinaz (Juri Tetap OIAM) bertajuk Ingin Bersamamu yang asalnya berentak balada sudah diolah menjadi lagu rancak.


Antara pesaing terdekat Tomok, Esther turut memberikan persembahan hebat dengan menjadikan lagu rancak I Dont Love You nyanyian My Chemical Romance menjadi rentak perlahan. Cuma impak yang ditinggalkan agak kurang, mungkin kerana tidak ramai penonton yang mengetahui melodi asal lagu tersebut. Penulis juga mengambil masa yang agak lama untuk menangkap melodi lagu I Dont Love You versi Esther, sehinggalah sampai part verse, barulah ada umpph.

Manakala, peserta lain memberikan persembahan yang agak baik, cuma tidaklah terlalu menonjol berbanding Tomok & Esther. Mereka perlu bekerja lebih keras lagi, kerana hadiah yang ditawarkan bernilai 1 juta, bukan calang-calang.

0 ulasan: