RSS2.0

Pernikahan Yatt dan Abdul Mutalib

Isnin, 30 Mac 2009

Dengan sekali lafaz, pelakon Haryati Hamzah yang mesra dipanggil Yatt, 29, akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29, pada majlis pernikahan mereka di rumah keluarga Yatt di Seremban, Negeri Sembilan, semalam (29/3).Majlis yang bermula sekitar 2.30 petang itu diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, saudara-mara dan kenalan rapat mereka.

Pada majlis bersejarah mereka itu, Yatt menerima mas kahwin sebanyak RM280.80 serta lima dulang hantaran oleh pihak lelaki dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.Yatt bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran yang diberikan oleh suaminya itu.

-Ehsan mStar-

0 ulasan: