RSS2.0

Temubual Skandal Khalwat Zamzarina

Isnin, 30 Mac 2009

Zamzarina Zambry, 36, Namanya menjadi panas bila dikaitkan dengan kes tangkapan khalwat bersama seorang pegawai kanan di Kementerian Penerangan.

Pada 8 Mac lalu, Zamzarina membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields setelah namanya dibabitkan dengan kes khalwat itu.

Pada hari yang sama, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf juga membuat laporan polis di balai yang sama.

Apa perkembangan kes khalwat yang melibatkan anda dan KSU?
Sekarang semuanya berada di bawah siasatan polis. Saya tidak boleh mengulas. Biarlah pihak polis melakukan kerja mereka.

Benar ini satu fitnah?
Jelas sekali kerana sewaktu kejadian didakwa berlaku, saya berada di London untuk menghadiri Majlis Kraf Malaysia. Itulah yang menyebabkan saya membuat laporan polis kerana isu ini boleh menjejaskan nama baik saya dan RTM.

Sebarang impak untuk diri dan kerjaya anda?
Tidak ada. Saya yakin orang sekarang tidak mudah percaya dengan SMS.

Bagaimana anda mendapat tahu tentang cerita ini?
Saya menerima panggilan daripada seorang. Saya di London dan hanya ketawa bila mendengarnya.

Apa nasihat KSU kepada anda?
Dia kata ini adalah harga yang saya perlu bayar jika mahu melakukan perubahan. Bukan semua orang suka kita. Tapi saya rasa orang bukan sasarkan saya sebenarnya tetapi dia.

Bagi saya, saya perlu gagah dan pekakkan telinga. Saya perlu berani kerana saya berada di pihak yang benar. Kenapa saya perlu lari kalau ia tidak betul?

Malah saya juga mendapat respons daripada para peminat yang menyuruh saya bersabar dan mereka memberi sokongan kepada saya.

Kamu masih berkahwin atau sebaliknya? Bagaimana keluarga anda menerima berita ini?
Saya adalah isteri kepada Adnan Deraman yang bertugas di Majlis Perbandaran Subang Jaya dan ibu kepada tiga orang anak. Suami saya percayakan saya.

Keluarga saya juga bertanya kepada saya tentang kebenaran berita itu. Mereka sudah faham asam garam dunia begini dan mereka juga tahu saya orang yang bagaimana.

Sebelum ini anda kurang dikenali. Adakah isu ini memberi ruang yang besar untuk anda?
Mungkin juga - sesuatu yang dipanggil blessing in disguise.

Adakah anda mangsa kepada perasaan cemburu orang terhadap anda?
Tak boleh nak kata. Pihak polis akan menyiasatnya.

Serapat mana hubungan anda dengan KSU? Mungkin kerana rapat hingga membuatkan ada yang tidak senang?
Rapat yang profesional. Saya terlibat sebagai jawatankuasa yang mendapatkan maklum balas terhadap perubahan yang dilakukan di RTM. Saya berada dalam sebuah kumpulan yang menjalankan tugas itu.

Saya juga adalah staf hakiki di sini dan juga petugas bahagian hadapan di RTM. Saya membantu dari sudut itu.

KSU perlukan staf untuk membuat tugasan itu. Bukan sahaja dia, tetapi saya juga berhubungan dengan menteri lain untuk tugasan saya.

-Ehsan Kosmo-

0 ulasan: