Meskipun kisah cintanya dengan juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid berjaya membuatkan populariti Nita tidak pernah pudar, namun jauh di sudut hatinya, bukan cerita seperti itu yang diharapkan tuan empunya diri untuk terus bertahan di dalam bidang ini.
"Sebab itu saya lebih suka 'mendiamkan' diri saja sejak kebelakangan ini. Ramai juga yang bertanya kenapa saya agak senyap, tetapi saya lebih selesa seperti ini...lagipun album terbaru pun belum ada.
"Saya tidak mahu asyik kisah cinta saja yang keluar, kalau boleh saya lebih suka cerita tentang karier saya yang diperkatakan," ujar Nita.
Namun, anak jati Kuala Lumpur ini tidak patah semangat dengan apa yang berlaku. Malah, tutur Nita, dia tidak pernah menyesal bergelar anak seni dan sanggup meninggalkan karier sebagai penyanyi kelab dulu.
"Saya masuk dalam bidang ini ialah untuk merealisasikan niat ibu saya sendiri dan saya juga ingin lihat sejauhmana saya boleh pergi di dalam industri ini.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berada di bawah pengurusan 8 Unit yang banyak membantu saya survive. Mereka sentiasa akan carikan show untuk saya setiap bulan," kata Nita.
-Ehsan mStar-
Nita Ikut Kehendak Ibu Untuk Menyanyi
Isnin, 30 Mac 2009Dicatat oleh Izyan di 12:28 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan