Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan buah hatinya, Dr. Halina Mohd. Yunos, 27, pada pertengahan Julai 2009.
Menurut beliau, Halina menjadi pilihannya setelah mereka salingmengenal hati budi masing-masing sejak masih menuntut di universiti lagi."Benar, saya kenal dia masa kami sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," akuinya ringkas.
Pada 27 November tahun lalu, kami berjaya mendapatkan reaksi balas doktor dalam bidang kecantikan estetik di Prima NoraWomen's Wellness Centre itu mengenai hubungannya dengan SheikhMuszaphar.
"Saya serasi dan suka berkawan dengan Mus," kata Halina ketika itu tetapi pada masa yang sama Sheikh Muszaphar mengambil sikap mendiamkan diri tanpa memberi sebarang komen.
Ditanya lebih lanjut soal perkahwinannya, Sheikh Muszaphar dengan tenang berkata: "Saya tak mahu bercakap tentang hal kehidupan peribadi saya lagi."
Mengulas mengenai perkembangan terkini dirinya, beliau berkata, dia telah kembali kepada jawatan hakikinya sebagai pakar bedah di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tetapi hanya bertugas seminggu sekali saja.
Pernikahan Dr Muszaphar & Dr Halina Mungkin Tak Jadi?
Khamis, 26 Mac 2009Dicatat oleh Izyan di 3:04 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan