RSS2.0

Radhi Makan Hati Tapi Bukan Bohjan!

Isnin, 23 Mac 2009

Ketika ini Radhi OAG sedang berdepan dengan masalah rumah tangga. Dia akui sedang makan hati dengan apa yang berlaku tetapi pada masa yang sama enggan 'membohjankan' dirinya. Menyedari perkara itu, Radhi lebih banyak menumpukan kepada tugas mencipta lagu selain mempelajari selok belok kerja rakaman.

"Apa yang boleh saya katakan, sudah 15 bulan saya dan isteri saya tidak tinggal serumah bersama. Dalam tempoh itu, saya telah menghasilkan banyak lagu. Cukup untuk dimuatkan dalam satu album."Semua lagu itu memang berkait rapat dengan emosi, perasaan dan apa yang saya sedang lalui pada masa ini. Senang cakap, saya sekarang ini sedang makan hati. Tengoklah badan saya, makin lama makin kurus.

"Tapi, saya tidak mahu ambil kesempatan ini untuk 'membohjankan' diri saya. Daripada buat macam itu, lebih baik saya habiskan masa saya dengan berkarya. Sekurang-kurangnya ada juga hasil," kata Radhi kepada murai.com.my.

Radhi bagaimanapun mengakui bahawa dia amat berharap supaya dia akan dapat menyelamatkan rumahtangganya.

"Membenarkan isteri saya itu tinggal di rumah ibu bapanya selama 15 bulan lalu sebenarnya boleh dianggap dayus. Tapi, nak buat macam mana, bila dia saya mahu berjumpa dia, dia pula tak mahu berjumpa saya.

"Tapi, semua ini adalah salah saya. Sebab saya selalu cabar dia untuk minta cerai. Sekarang ini bila dia sudah tinggalkan saya, baru saya sedar bagaimana perasaan saya ini terhadap dirinya.

"Apapun percayalah, susah sebenarnya untuk saya lafazkan cerai terhadap dia. Tak sanggup rasanya untuk saya meluahkannya. Saya harap mahkamah akan membenarkan kami untuk kembali hidup bersama. Saya rindu sangat pada isteri dan anak saya," katanya dengan nada insaf.

0 ulasan: