RSS2.0

Remy Ishak dan Umie Nazira Putus Cinta?

Isnin, 16 Mac 2009

Beberapa bulan lalu heboh orang bercerita keintiman hubungan pelakon berbadan sasa Remy Ishak, 27, dengan Umie Nazira, 19, sampaikan ada yang nampak Umie pegang bahu Remy masa berjalan.

Masa tu dia orang dikatakan tengah angau. Malah Remy pun pernah buat kenyataan kalau ada jodoh dia dengan Umie, tak mustahil mereka akan kahwin.

Tapi dalam dua, tiga hari lepas ada pula sumber mengatakan hubungan intim mereka itu dah putus di tengah jalan. Remy dan Umie dikatakan dah tak semesra dulu lagi. Sebab dan puncanya tak tahulah pula. Mungkin ada sesuatu yang tak kenalah kut? Siapa tahukan?



Yalah, orang yang bercinta memang banyak dugaannya pun selagi tak kahwin. Malah ada yang kata mereka berdua pun dah jarang keluar dating bersama lagi. Kalau sebelum ni ramai juga peminat yang terserempak mereka tapi sekarang dah tak ada lagi dah.

Remy juga ditemui ketika dia tengah berehat sementara nak tunggu giliran dia masuk set filem Evolusi KL Drift 2.

Kata Remy memang dia mengaku dah jarang keluar dengan Umie tapi bukan bermaksud mereka dah putus cinta. Cuma masing-masing sibuk.

Remy pun tak menolak mungkin ada pihak-pihak tertentu yang sengaja nak sensasikan hubungan mereka.


“Saya tak pernah mengaku Umie tu kekasih saya. Saya cuma kata kami sekadar kawan baik saja. Jadi bila orang tanya betul ke saya putus, susah nak jawab. Sebagai kawan, takkan kita nak putuskan hubungan kot? Lagipun saya tak bermusuh dengan sesiapa,” kata Remy.

Tambah Remy lagi buat masa ini hatinya masih belum terbuka untuk bercinta dengan sesiapa pun. Kalau ada jodoh, dia terima saja wanita yang bakal menjadi isterinya nanti.

-Utusan-

0 ulasan: