RSS2.0

Abby Belum Bersedia Nak Kahwin Lagi

Khamis, 2 April 2009

Kegagalan rumahtangganya bersama aktor Norman Hakim telah meninggalkan impak besar buat diri Abby Abadi, 33. Setelah kecewa dengan apa yang berlaku, Abby akui dia kuatkan diri untuk bangkit semula apatah lagi memikirkan masa depan anak-anaknya.

Lantaran itu apabila diajukan tentang subjek 'kahwin', sambil tersenyum, Abby berkata, dia belum lagi terlintas untuk berkahwin lagi walaupun gosip hubungannya dengan Zul yang berusia 23 tahun itu masih terus diperkatakan."Masing-masing ada hak untuk berkawan. Saya tidak rasa satu kesilapan besar untuk berkawan dengan Zul. Dia tidak bagi masalah kepada saya pun.

"Tetapi tentang perkahwinan, saya rasa masih jauh lagi untuk saya bercakap tentang hal itu. Ia tidak termasuk dalam agenda saya ketika ini.

"Perkahwinan bukanlan satu perkara yang mudah. Dengan apa yang saya lalui sebelum ini, saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik berbanding dulu.

"Banyak perkara yang saya perlu buat. Saya ingin mengembangkan lagi karier saya," kata Abby.

Ehsan mStar

0 ulasan: