Azharina yang mesra dengan panggilan Nina ini dikatakan telah pun berkahwin lagi dengan seorang lelaki yang juga berpangkat Datuk dan turut berasal dari Kelantan, sama seperti bekas suaminya dulu (usahawan Datuk Shukri Mohamed kira-kira tiga tahun lalu).Diajukan pertanyaan tentang perkara itu, Nina dalam reaksi terkejut akui tidak menyangka kisah seperti itu sekali lagi kembali menyelubungi dirinya.
"Kekasih pun saya tak ada buat masa ini, jadi macam mana pula saya boleh kahwin? Saya sebenarnya pelik bagaimana cerita seperti ini boleh timbul.
"Macam-macam sebenarnya orang bercakap tentang saya...ada yang kata saya sudah berkahwin dengan jejaka Filipina lah, sudah bertunang lah...banyak betul ceritanya.
"Saya bukan milik mana-mana lelaki sekarang ini. Apatah lagi dengan jadual kerja saya yang cukup padat, saya tidak ada masa untuk fikir tentang perkara seperti ini. Henti-hentikanlah membuat cerita seperti ini," kata Nina yang ditemui pada acara Minggu Setiausaha di Hotel Istana, semalam (22/4).Ketika ini, ujar Nina, dia lebih senang memikirkan tentang karier saja serta pada masa yang sama memberikan tumpuan terhadap syarikat miliknya, Top 3 Production Sdn Bhd dan Azharina Entertainment.
Dia sempat ditemubual di dalam majlis Minggu Setiausaha yang berlangsung di Hotel Istana. Selepas menyanyikan persembahan dan juga nyayiannya bertajuk, Rawan dan Rasa (22/4).
-mStar
Azharina Kahwin Lagi Dengan Datuk?
Jumaat, 24 April 2009Dicatat oleh Izyan di 10:39 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan