RSS2.0

Dayang Nurfaizah Keluarkan Single Terbaru

Khamis, 30 April 2009

Kerinduan anda kepada ‘Beyonce Malaysia’ iaitu Dayang Nurfaizah pasti akan terubat tidak lama lagi. Ini kerana penyanyi yang berasal dari Sarawak ini akan tampil dengan single terbarunya yang berjudul “Lately”.

“Lately” dikeluarkan melalui Global One Music – satu projek terunggul yang menghimpunkan 35 orang penyanyi-penyanyi berbakat dan terhebat dari lima buah benua di dunia. Mereka ini akan merakamkan lagu yang ditulis khas untuk keluaran serentak dalam bahasa mereka sendiri.

Setelah itu, lagu-lagu ini akan dipasarkan di serata dunia. Ini bermakna Dayang akan berdiri di kalangan artis-artis platinum tersohor di dunia. Dayang telah pun merakamkan satu versi ‘multimix’ dengan beberapa artis antarabangsa.

Versi “Lately” Dayang akan dikeluarkan pada 4 Mei depan. Dayang akan bekerjasama dengan Daly dari Ahli Fiqir.

Global One Music adalah projek antarabangsa yang pertama di dalam sejarah muzik dunia yang menggabungkan bintang-bintang terkemuka dunia. Artis-artis antarabangsa yang turut serta dalam projek ini termasuk Wei Wei dari negara China, Sonu Niigaam dari India, Daniela Mercury dari Brazil, Gaitana dari Ukraine, Alexia dari Itali dan Paula Lobos dari Sepanyol.

Adakah single terbaru Dayang itu nanti mampu memikat pendengar di luar sana? Sama-sama kita nantikan kemunculannya nanti.

-Gua

0 ulasan: