Selepas lapan tahun memadu kasih, pelakon dan penyanyi, Diana Rafar, 27, dan Zamarul Hisham, 38, yang juga dramatis terkenal dijangka melangsungkan perkahwinan pada awal Mei depan.
Majlis perkahwinan mereka dikatakan mendahului majlis perkahwinan Emelda Rosmela dan Adlin Aman Ramlie serta Darling Ngasri dan pasangannya yang diadakan pada bulan sama.Khabar perkahwinan pasangan popular itu disampaikan peminat selepas beberapa kali terserempak Diana membelek kain untuk dibuat baju pengantin di Maya Fabrik, Shah Alam.
Diana sudah merancang mendapatkan khidmat pereka fesyen terkenal di Shah Alam, Shahril Nordin untuk menempah baju pengantinnya.
Dia sudah menyerahkan borang pengesahan untuk berkahwin di pejabat agama Shah Alam dan menjalani ujian HIV.
Diana yang agak lama menunggu lamaran Zamarul juga berhasrat mengadakan perkahwinan dalam taman dan sedang mencari lokasi sesuai di Shah Alam.
Keluarga Zamarul pula akan mengadakan majlis sambut menantu di Bangi, Selangor.
Sumber itu berkata, Diana dan Zamarul mendapatkan khidmat Kuzie Catering untuk menyediakan hidangan istimewa pada hari berbahagia mereka.
Walaupun Diana dan Zamarul dijangka mengikat janji sebagai suami isteri, Mei depan, mereka masih merahsiakannya.
Ini kerana Zamarul dikatakan tidak mahu menghebohkan perkahwinan itu disebabkan enggan menerima penaja mana-mana pihak.
-Ehsan Hmetro-
Diana Rafar & Zamarul Kahwin Mei
Rabu, 1 April 2009Dicatat oleh Izyan di 2:15 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan