RSS2.0

Fizo: Ainul Cuma Kawan Saya Sahaja

Selasa, 28 April 2009

Nama pun ‘public figure’, jadi sudah tentu segala perbuatannya akan mendapat perhatian. Contohnya, persahabatannya dengan Ainul Aishah. Kerapkali ditegaskan oleh Fizo, mereka hanya kawan namun disebabkan sering dilihat bersama, orang pun tertanya-tanya, ‘Kekasih ke?’

“Cerita betulnya dari saya, kami takde apa-apa, hanya kawan. Kalau betul kami ada apa-apa, satu hari nanti kita mesti kantoi punya sebab kita mesti nak keluar kan?
“Kami iklas berkawan. Bila saya mula kenal dia, dia sudah berpunya. Saya pun set mind saya yang dia seorang kawan. Jadi kalau nak bercinta, susah sikit. Tapi iya-lah, orang boleh berubah. Mungkin satu hari nanti … But so far, kita memang tidak ada apa-apa.”
Terangnya lagi, Ainul dan dia hanya berjumpa semasa majlis dan acara sahaja. Mereka tidak pernah melepak di luar kerja atau keluar berdua-duaan.

Sejak dikecewakan tiga tahun lalu, ketika itu dia menuntut di UiTM, Fizo memberitahu dia belum lagi mencari pengganti kerana masih ‘frust’ dengan cinta lama. Takut juga jika sejarah berulang. Selain itu, dengan kerjaya seninya yang semakin berkembang, dia tidak dapat memberikan komitmen yang diperlukan.

Mengakui dirinya seorang yang kuat cemburu dan agak sensitif dalam hal cinta, Fizo tidak menolak jika ditemui seorang yang disukai dan dapat memahami keperluan kerjayanya. Malah mungkin akan terus berkahwin dengannya. Bagi yang berminat, tiada kriteria yang dicari kerana “saya pun bukan perfect” asalkan gadis itu dapat mengembirakannya. Melihat pada sambutannya ketika acara Secretaries Week Luncheon di Hotel Istana semalam, ramai yang dambakan peluang untuk menjadi gadis bertuah itu.

-Gua

0 ulasan: