Penyanyi popular Mawi yang telah muncul dengan album terbaru berkonsepkan ketuhanan, Allah Habeebi, sejak 28 Disember tahun lalu.
Walaupun bersyukur albumnya itu berjaya meraih jualan kira-kira 15,000 unit sehingga Februari lalu di sebalik kegawatan ekonomi yang melanda, kata Mawi, dia akui, tahap jualan itu amat rendah berbanding album-albumnya terdahulu."Saya akui, jualan album ini bergerak agak perlahan. Dan saya tidak nafikan, memang susah untuk dapat jual album seperti dulu. Bukan saja kerana krisis ekonomi, tetapi masyarakat sekarang lebih suka 'download' saja.
"Saya akur dengan senario sekarang. Kalau nak cakap jualan album saya lembab disebabkan populariti yang semakin merundum, saya tidak pernah pun berfikir tentang hal itu sama sekali kerana apa yang penting buat saya ialah bekerja dengan ikhlas," kata Mawi yang ditemui pada majlis pelancaran albumnya di Le Meridien, semalam.
Menurut suami kepada aktres Nora'Ashikin Rahmat atau Ekin ini, walaupun jualan mungkin agak perlahan, tetapi dia sendiri puas hati dengan kualiti album terbarunya itu yang sebenarnya turut mendapat sambutan melebihi 50,000 bagi muat turun nada dering sejak album tersebut mula dipasarkan.Album yang diterbitkan sepenuhnya oleh Othman Mahmood ini menampilkan komposer-komposer berkaliber seperti Farihin, M.Nasir dan Edry KRU. Single terbarunya, Sujud, ciptaan sepenuhnya oleh Edry ketika ini juga mendapat sambutan hebat.
Selain melalui proses mastering sentuhan Roslan Aziz yang dibuat di Amerika Syarikat, album ini turut menampilkan penggunaan alat-alat muzik yang dimainkan secara 'live' oleh pemuzik-pemuzik seperti Man Kidal, Azman Alias, Napie Spider dan Zahid Ahmad.
mStar
Mawi Akui Albumnya Sekarang Kurang Laku
Selasa, 28 April 2009Dicatat oleh Izyan di 3:05 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan