RSS2.0

Remy Ishak Playboy, Ummi Nazeera Perampas

Khamis, 2 April 2009

Sana sini heboh peminat dalam industri hiburan mula bercakap mengenai aktor dan aktres baru yang pernah digandingkan dalam drama bersiri popular, Awan Dania iaitu Remy Ishak dan Ummi Nazeera. Mereka dikatakan sedang hangat bercinta sekalipun acap kali mereka terus menafikannya apabila diasak pertanyaan daripada pihak wartawan.

Pun begitu, apabila mengimbas kembali kenyataan daripada kedua-duanya, besar kemungkinan mereka kini berada di alam percintaan walaupun tidak mengaku secara terbuka, cover line lah tu! Namun, ada seseorang yang memperkenalkan dirinya mendakwa sebagai kawan baik kepada teman wanita Remy iaitu Nurul Huda Hamidon berusia dalam lingkungan awal 20-an atau Miss x.Miss X memberitahu, sebenarnya Remy dan Nurul sudah lama menjalin hubungan percintaan iaitu sejak mereka sama-sama bertugas di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur. Difahamkan, Nurul yang juga anak seorang pesara diplomat yang kini menetap di Putrajaya, bertugas di bahagian meja penyambut tetamu di hotel berkenaan, manakala Remy di bahagian room service (makanan dan minuman). Pun begitu, ketika ini Nurul tidak lagi bertugas di hotel berkenaan, dia sudah berpindah ke hotel lain.

Kata cerita Miss X lagi, sewaktu Remy berkawan rapat dengan Ummi, dia masih meneruskan perhubungannya dengan Nurul, fuyoo... memang hebat Remy bercinta dengan dua wanita sekali gus! Sekiranya apa yang disampaikan Miss X ini benar-benar berlaku pada diri Remy, rasanya tak salah kita menggelarkan Remy sebagai playboy musim baru, manakala Ummi tanpa disedarinya menjadi perampas!

Ummi jadi perampas tanpa disedari kerana sepanjang perhubungan Remy bersama Nurul, Remy tidak pernah mengaku kepada Ummi, dia sebenarnya sudah ada teman istimewa. Biasalah tu, gila nak mengaku! Pun begitu, apabila media massa menggembar-gemburkan gosip percintaan antara Remy dan Ummi, Remy hanya memberitahu Nurul, semua itu adalah permainan pihak wartawan untuk melariskan jualan akhbar dan majalah hiburan. Ikuti sedutan dari email berkenaan.

“Nak dijadikan cerita, baru-baru ini Nurul melawat Remy di rumahnya di Ampang, disebabkan Remy free tak ada shooting, mereka pun pergi lunch di Ampang Point. Selepas makan, Nurul kembali ke rumah Remy sebab adik beradik Remy dari Melaka bertandang ke rumahnya, maklumlah cuti sekolah. Manakala Remy keluar semula sebab katanya ada urusan di Subang Jaya.

“Sementara menunggu kepulangan Remy, Nurul ambil kamera kepunyaan buah hatinya itu dan ‘view’ semua gambar yang ada di dalamnya. Alangkah terkejutnya Nurul apabila dia melihat sendiri berlambak gambar mesra percutian Remy bersama Ummi di Genting Highlands pada penghujung Februari lalu.

“Apa lagi, terus Nurul desak Remy buat pengakuan dan akhirnya Remy mengaku dia bercinta dengan Ummi! Yang buat Nurul bertambah kecewa apabila Remy tidak pernah menceritakan kepada Ummi akan kewujudan Nurul dalam hidup Remy selepas empat tahun mereka bercinta. Remy curang! Ummi pula kena kelentong dengan Remy. Sekarang Remy dan Nurul dah break off, itu pun dalam telefon saja,” cerita Miss X, geram!


Kini, terpulanglah kepada Remy merencanakan masa depan bersama kisah peribadi, maklumlah kariernya baru saja nak bermula.

Ehsan Bharian

0 ulasan: