RSS2.0

Akademi Fantasia : Aril Masuk Balik

Ahad, 10 Mei 2009

Khairil Azam Pilus atau Aril berjaya menempah tempat ke konsert akhir Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) minggu depan apabila dia diserap semula menerusi undian AF Masuk dan sekaligus menyertai empat peserta akhir lain iaitu Ismaliza Ismail (Isma), Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz), Afiq Hakim Ahmad (Akim) dan Mohd Yazid Ibrahim (Yazid).

Menerusi undian AF Masuk yang boleh dilakukan oleh penonton sejak minggu lalu itu, Aril yang tersingkir pada minggu ketujuh yang lalu telah menerima undian tertinggi sebanyak 52.5 peratus menewaskan sembilan lagi peserta yang turut tersingkir sebelum ini iaitu Aishah dengan 26.6 peratus, Zizi (7%), Sidi (6%), Claudia (5%), Qhaud (2%), Rini (0.8%), Rubisa (0.4%), Obri (0.3%) dan Nas Adila (0.2%).

Aril, Isma, Hafiz, Akim dan Yazid akan beraksi di konsert akhir yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu depan. -Mstar

pS: adil ke macam ni? atau pihak AF nak kaut lebih dari undian sms Aril yang tinggi tu?

0 ulasan: