RSS2.0

Azwan Ali: PR adalah Anjing

Selasa, 12 Mei 2009

Azwan Ali siapa tak kenal dengan mulut lasernya yang kian menjadi-jadi. Penulis pun bukan berminat dengan salah seorang artis ni, begitu tutzz. Selain daripada dia mengaku dia adalah mulut paling laser di Malaysia kini. Mulut laser kali ini dia memahatkan kelaseran mulut atau sebenar dari hatinya mengatakan ahli Pakatan Rakyat sebagai anjing adalah dikira melampau.

Beliau adalah selebriti yang tidak popular dimana-mana, sepatutnya kalau aktif berpolitik pun juga tidak boleh membuat kenyataan se'ganas' sedemikian. Azwan Ali mungkin mempunyai peminat dari penyokong pakatan Rakyat, jika ada pun. Peminat beliau (jika ada pun) dari PR mesti terasa termakan hati dari tulisan Azwan ni.

Azwan Ali adalah adik kepada YB Azmin Ali yang juga sememangnya menentang abangnya dahulu semasa menyokong Umi Hafilda semasa kes usung tilam ke Mahkamah Dato Seri Anwar Ibrahim dahulu. Beliau sendiri mengaku bahawa politik bukanlah bidang dia tapi dia boleh menggelar dengan gelaran begitu tanpa mengenalpasti punca isu panas itu.

Selain dari menggelar Anjing, dia juga menggelar sebagai beruk zoo negara dan *hamsat (haramja**h + bangsat)

Islam memang melarang memberi gelaran kepada orang dengan gelaran yang dia tidak sukai. Terasa sedih juga kerana perbezaan pendapat kita secara melulu menggelar ahli politik dengan gelaran-gelaran tertentu tidak kira dari belah mana pun. Besok di Akhirat jenuh nak cari ahli politik ni untuk minta maaf.

Seorang blogger Pakatan Rakyat pernah ditahan kerana menukarkan logo PDRM dengan gambar anjing pada tahun lepas. Di beri kebebasan buat blog bukan mengeluarkan kata-kata kesat dan keji, itu bukan amalan yang baik untuk berblog, biarlah menggunakan perkataan yang baik walaupun tidak suka kepada sesuatu itu.

Anda boleh baca lagi 'karangan' biadapnya dalam postnya di :
http://silaserazwanali.blogspot.com/2009/05/anjing-anjing-biadap-serang-perok-press.html

0 ulasan: