RSS2.0

Dr. Fazley Kembangkan Empayar Keluarga

Sabtu, 2 Mei 2009

Kata pakar motivasi, pelakon, pengacara dan ahli perniagaan yang baru bergelar bapa ini, dia semakin bekerja keras untuk mengembangkan empayar perniagaan sedia ada.

"Sebelum ini, saya menyepi seketika dari dunia seni kerana memberi keutamaan kepada Fariedz. Kini, Fariedz sudah berusia lima bulan dua minggu dan sudah sampai masanya saya kembali aktif dalam bidang seni.
"Terus terang, saya juga sukar berpisah dengan Fariedz hingga terpaksa membawanya sekali apabila terbabit dengan program di luar daerah sebelum ini," katanya.
Pada masa sama kata Fazley, dia dan isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz, 27, juga merancang menambah tiga lagi anak sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga mereka.
"Sebenarnya, saya memang teringin untuk mendapat anak sulung lelaki dan saya bersyukur impian itu dimakbulkan Tuhan," katanya.
Sekalipun sudah terbabit dalam bidang nyanyian dan motivasi selama 10 tahun, Fazley atau nama sebenarnya Dr Ahmad Fadzli Yaakob baru meraikan hari jadinya yang ke-31,18 April lalu. Namun, katanya, perjalanan hidupnya masih jauh.
"Bagi saya usia 20 hingga 30 tahun adalah proses pembelajaran saja. Pada usia 31 pula, kehidupan saya baru nak bermula.
"Apapun, kehidupan saya terlalu istimewa dan sudah lengkap sekarang. Lebih menggembirakan, adik lelaki saya, Faizal yang menuntut di Australia sudah kembali ke tanah air selepas menamatkan pengajiannya di sana," katanya.

Kini, kata Fazley, misinya untuk membina sebuah empayar keluarga dengan mengembangkan jenama Fazley dengan lebih meluas lagi serta mengukuhkan lagi jenamanya di luar negara.
"Selain Faizal, saya juga mempunyai dua lagi adik perempuan, Farahdilla dan Farahnadia. Saya harapkan mereka akan menguruskan perniagaan sedia ada, contohnya dalam bidang pendidikan dan motivasi yang saya mulakan ini.


myMetro

0 ulasan: