RSS2.0

Kamal: Intan Cuma Kawan Rapat Jerk

Isnin, 11 Mei 2009

Kamal Adli adalah Juara Hero Remaja 2007/08 yang sedang meningkat naik sebagai bakat baru kacak yang serba boleh, baik dalam bidang lakonan atau pengacaraan. Dan baru-baru ini, ada gosip mengatakan anak muda ini kekasih baru Intan Ladyana dan kemungkinan penyebab perpisahan Intan dan bekas teman lelaki, Kevin Zahri.

Bila diminta penjelasannya mengenai khabar angin ini, anak kelahiran Pekan, Pahang ini yang ditemui pagi tadi sempena pengumuman 25 finalis peraduan Rekatee, sedikitpun tidak melatah. Sebaliknya, dia melihat cakap-cakap nakal ini sebagai perkara biasa, lebih-lebih lagi memandangkan dia seorang pendatang baru dalam industri.

“Mungkin kerana Kamal takde cerita, tak keluar TV, jadi ada pihak yang mereka cerita sebegini. Di tambah pula drama ‘Bio-Nik’ nak keluar, jadi biasalah jika timbul gosip ‘cinta lokasi’, dan Kamal dan Intan yang dijadikan sebagai bahan. Apatah lagi Intan seorang selebriti terkenal,” jelas jejaka ini yang suatu ketika dulu pernah digosipkan dengan teman ‘Impian’-nya, Nur Diana Amir Hashim.
“Kamal akui, Kamal dan Intan menjadi rapat sejak ‘Bio-Nik’. Bersama Fizo dan para pelakon lain, kami menjadi kawan rapat. Kami keluar ramai-ramai. Dan Kamal tak pernah tanya dia tentang hal peribadinya.”
Tidak ambil kisah percakapan orang, bagi Kamal, gosip-gosip seperti ini sebaliknya membantu meningkatkan profilnya.
“Kamal tak melatah. Sebenarnya, Kamal dah agak dah akan ada orang cakap. Tapi Kamal melihatnya dari sudut yang positif. Sekurang-kurangnya, orang sedar kewujudan Kamal dan secara tidak langsung, ia promosi yang baik untuk ‘Bio-Nik’. Mengapa kami rapat? Kerana ‘Bio-Nik’. Ini menjadikan orang ingin tahu apa itu ‘Bio-Nik’ (Terbitan KRU Studios, ‘Bio-Nik’ mengambil premisnya dari cerita ‘Bionic Woman’).”-Gua

0 ulasan: