RSS2.0

Persandingan Adlin dan Emelda ala Casino Royale

Sabtu, 9 Mei 2009

Ada sumber memberitahu, majlis persandingan Adlin dan Emelda Rosmila di Hotel JW Marriot, Putrajaya pada Jun itu nanti ternyata sungguh hebat kerana menggunakan konsep James Bond, iaitu Casino Royale!

Khabarnya pereka yang bertanggungjawab mencipta konsep majlis perkahwinan Adlin dan Emelda itu adalah tenaga kreatif yang sama untuk majlis persandingan Ekin dan Mawi di Stadium Tertutup Johor Bahru, hujung tahun lalu.

Kata sumber itu lagi, memandangkan konsep macam James Bond, pelamin akan mempunyai sebuah runway berlatar-belakangkan hiasan berkilau dan cermin-cermin. Hai teruja pula apabila dengar semua pelayan kelak akan disarungkan dengan kepak burung serba putih yang diimport dari Bangkok, Thailand. Amboi, pari-pari dari kayangan ke?

Difahamkan, satu lagi majlis resepsi untuk kedua mempelai akan diadakan dalam konsep Jawa dengan rekaan pelamin dari Perak.

0 ulasan: