
Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh belum pun melabuhkan tirainya, salah seorang pelajar yang tersingkir pada minggu ketujuh lalu, Aril dikhabarkan akan ‘dilamar’ menyertai KRU Studios.
Malah, Aril tidak perlu tunggu AF Masuk untuk meneruskan bakat besarnya. Dia sudahpun mendapat perhatian syarikat rakaman yang berminat untuk menyediakan 'platform' untuknya mengasah bakatnya.
Berita ini turut disahkan oleh Ketua Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim ketika majlis pengumuman kerjasama antara KRU Studios dan Telekom Malaysia Berhad bagi filem 'Jin Notti', semalam (5/5).
Sambil tersenyum Norman berkata ‘dalam perancangan’ dan enggan mengulas lanjut tentang Aril.
Dia berkata KRU akan membuat satu pengumuman mengenai hal itu apabila tiba masanya nanti.“Kami hanya mengikut putaran masa dengan bakat yang ada. Kami sudah ada kerjasama dengan artis lain seperti mengambil Adam dan Dafi sebagai artis rakaman, menggubah lagu Demam untuk Candy, dan Mawi (lagu Sujud).
“Dalam industri ini, kita perlu bekerjasama dengan banyak pihak dan saling percaya antara satu sama lain bagaikan satu ikatan,” kata Norman.
mStar
Tuah Aril AF7 bersama KRU
Rabu, 6 Mei 2009Dicatat oleh Izyan di 5:17 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan