RSS2.0

Nurul Syuhada dan Dr Faiz kahwin 2010

Isnin, 4 Mei 2009

“Kami ikhlas berkawan dan berharap hubungan ini berakhir dengan sesuatu yang baik. Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar dan diizinkan Yang Maha Esa mungkin tahun depan mahu berkahwin,”

Kata personaliti TV3, Nur Syuhada Nurul Ain (Nurul), sewaktu menjelaskan hubungannya dengan Angkasawan Kedua Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed.

Kemunculan pengacara Majalah 3 itu bersama teman lelaki, Dr Faiz, di Pertandingan Akhir Pesona Nona, petang semalam yang berlangsung di Palace Of The Golden Horses, menarik perhatian tetamu, sekali gus menjawab desas-desus hubungan cinta mereka yang mula dihidu sejak setahun lalu.



Kira-kira setahun lebih menjalinkan persahabatan, pasangan sama cantik sama padan ini nampaknya lebih terbuka memperkatakan soal hubungan mereka.


“Bagi saya masyarakat sekarang bijak menilai jadi tiada apa yang perlu disorokkan. Terus-terang hubungan kami sesuatu yang ikhlas dan murni. Kalau hendak menafikan pun tiada gunanya kerana ini akan membabitkan perasaan keluarga kedua-dua pihak yang sudah pun mengetahui hubungan kami." tambahnya lagi.
hMetro


Baca lagi...

(lama) Gambar Camelia Dicium Someone


Penulis bukan tiada idea nak tulis berita baru, tapi penulis beranggapan gambar yang ini penulis belum siarkan lagi. Jadi tak best lah kalau takde koleksi gambar yang hebat-hebat belaka, memandangkan pengguna Internet sekarang dah bertambah dan yang baru juga nak tahu kisah-kisah artis yang lama. Kali ini gambar Camelia (anak kelahiran Sarawak yang manis) dicium dengan penuh 'fokus' oleh someone ni. Tak tahulah kalau gambar ini Camelia atau bukan, namun dari perhatian penulis, 75% sepertinya Camelia. Anda rasakan?


Baca lagi...

Nora Ariffin di WHI 1 Mei

Ahad, 3 Mei 2009

Nora Ariifin diundang ke WHI sempena 1 Mei yang lalu bersamaan dengan Hari Pekerja. Tak disangka kemunculannya bersama suami yang tersayang, Johan Nawawi, seorang komposer dan juga dan juga seorang penceramah bebas, Ustazah Asni. Mereka membincangkan tajuk Bahana Fitnah yang melanda kepada tidak kira siapa sahaja yang bergelar manusia. Walaupun begitu penampilan Nora kali ini lebih anggun berbanding dahulu, almaklumlah dia juga sudah digelar seorang usahawati yang sedang giat membangun, tahniah di ucapkan.




Baca lagi...

Akademi Fantasia: Claudia dan Aishah Tersingkir

Isma Pengsan

Ismaliza Ismail (Isma) pengsan sebentar selepas konsert minggu kelapan, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) berakhir, semalam ekoran dua rakannya Claudia dan Aishah tersingkir.

Mereka terkeluar daripada kancah persaingan selepas mendapat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah walaupun peringkat akhir AF7 hanya berbaki dua minggu lagi.

Isma, 30, sebelum itu, menangis sambil memeluk erat mereka kerana tidak dapat mengawal emosi selepas pengacara AF7, AC Mizal membuat pengumuman penyingkiran dua rakannya itu di babak akhir konsert itu.

Malah, pada suatu ketika, Isma kelihatan diusung ke bilik rawatan oleh para pekerja dengan ditemani rakan-rakan seperjuangan lain.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul dalam sidang akhbar sejurus itu berkata, keadaan Isma bagaimanapun tidak serius dan penyanyi itu telah beransur pulih.

"Isma tidak apa-apa. Dia mungkin letih tetapi dia dah boleh cakap dengan kawan-kawannya. Dia okey sekarang," katanya.

Sementara itu, Khairul Mizan memberitahu, dari segi peratusan undian SMS yang diterima peserta AF7, Yazid memperolehi 22 peratus diikuti Hafiz (21 peratus), Isma (20 peratus), Akim (14 peratus), Aishah (13 peratus) dan Claudia (11 peratus).

Dengan penyingkiran dua peserta tersebut, peserta lelaki yang kekal ialah Mohd Yazid Kamal Ibrahim, 22, (Johor Bahru), Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, (Sarawak) dan Afiq Hakim Ahmad, 18, (Johor Bahru).

Peserta, Ismaliza Ismail dari Kuala Lumpur pula merupakan satu-satunya peserta perempuan yang masih meneruskan perjuangan dalam AF7.

mStar


Baca lagi...

Aset Siti Nurhaliza RM50 Juta

Kalau benarlah apa yang dilaporkan dalam laman web rasmi 2008 MTVAsia Awards (Anugerah MTV Asia), penulislah orang paling gembira sekali mendengar berita artis popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza memiliki aset bernilai RM50 juta.

Siti mendaki satu persatu anak tangga untuk berada di kedudukannya hari ini.
Dan kini, penghibur kesayangan ramai itu dilaporkan sudah mengumpul aset kekayaan RM50 juta sepanjang tempoh 13 tahun menjadi anak seni.

Kedua-dua pencapaian Siti dipetik daripada laman web rasmi 2008 MTVAsia Awards dalam nota pengenalan mengenai latar belakang penghibur yang baru-baru ini disenaraikan sebagai calon Artis Wanita Popular(Malaysia).

Laman web berkenaan juga menamakan penghibur yang juga isteri kepada usahawan ternama, Datuk Khalid Mohammad Jiwa sebagai antara tiga artis terkaya di Asia Tenggara.

Dengan kekayaan sedemikian yang dimiliki, Siti membuktikan dunia hiburan merupakan cabang kerjaya yang boleh menjanjikan masa depan yang gemilang.

Penulis percaya laman web itu tidak akan menulis sembarangan tentang berita ini melainkan ia datangnya dari sumber yang begitu sahih.

Sepanjang menjadi artis, Siti memang bijak merencana karier seninya dan pendapatan yang diperolehinya tidak dibelanjakan sewenang-wenangnya.

Penulis dapat tahu juga Siti juga bijak melaburkan wangnya menerusi saluran yang betul.

Jadi, tidak mustahil seandainya Siti mempunyai aset dalam jumlah begitu besar.
Apa pun, kita akan sentiasa menunggu kelahiran album terbaru Siti yang khabarnya juga banyak lagu-lagu sedap.


Baca lagi...

Zamani Bernikah dengan Awek Klante?

Penyanyi Zamani, bekas anggota kumpulan Slam yang top dengan lagu Tak Mungkin Berpaling tu dah lama menghilangkan diri.

Ke mana dia menyorok pun dah tak tahu dah. Baru-baru ni seorang editor terserempak dengan kawan baik dia(zamani) Acong, bekas penyanyi kumpulan Sweet Child tetapi Acong pun bercerita dia jarang sekali berjumpa dengan Zamani.

Tapi baru-baru ini ada sumber memberitahu yang Zamani sebenarnya dah kahwin dalam diam. Dia dikatakan berkahwin dengan seorang gadis yang berasal dari Kelantan berusia 24 tahun.

"Memang saya dengar cerita macam tu la dia dah kahwin. Tapi majlis kahwin dia orang dibuat kecil-kecilan saja.

"Zamani saja tak nak gembar gemburkan cerita kahwin dia tu mungkin kerana dia tak mahu peminat dan orang ramai tahu," kata sumber berkenaan.

Kalau betullah Zamani dah berumah tangga kira baguslah. Selama ni pun dia banyak makan hati apabila jodohnya dengan seorang artis wanita suatu ketika dulu terputus di tengah jalan.

Malah ada orang kata kerana putus cinta itu dia merana macam orang separuh gila.

Wow... hebat cinta Zamani sehingga membuatkan dia jadi macam tu.

Tapi kalaulah benar berita yang Zamani sudah berkahwin tu, tentu saja peminat Zamani gembira. semua pun turut gembira. Malah kami juga nak ucapkan tahniah. Kalaulah berita ini tak betul, anggap saja ia sekadar khabar angin.

Tapi khabar angin selalunya betul. Bak kata orang dulu-dulu kalau tak ada angin takkan pokok boleh bergoyang? Lainlah kalau ada beruk yang naik angin atas pokok tu!

utusan


Baca lagi...

AIM16: Lentera Timur Album Terbaik Keseluruhan

Usaha Dato' Siti Nurhaliza menggabungkan 11 barisan produser album tempatan di dalam album projek pop etnik, Lentera Timur yang diterbitkan secara usahasama dengan pihak MACP membuahkan hasil cemerlang buat diri beliau.

Album tersebut bukan saja dinobatkan sebagai Album Pop Etnik Terbaik tetapi juga turut diangkat sebagai Album Terbaik secara keseluruhannya pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Malaysia Ke-16 (AIM16) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Antara produser album yang ditampilkan di dalam album ini adalah Johari Teh, Johan Nawawi, Aubrey Suwito, M Nasir, Khairil Johari Johar, Fauzai Marzuki, Pak Ngah, Arwah Zubir Ali serta Siti. Siti turut melengkapkan kemenangan manisnya itu apabila dia sekali lagi mememangi Persembahan Vokal Di Dalam Lagu (Wanita) bagi kali yang ke-10 iaitu satu lagi sejarah dalam AIM selepas ABPBH.

Selain itu, lagu Di Taman Teman mendapat anugerah Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu. Namun Siti tidak hadir malam tadi dan diwakili kakaknya, Saida, kerana ketika ini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.

Namun yang pasti, penyokong Siti daripada kelab peminat SitiZone tetap datang memberikan sokongan padu dan sorakan paling kuat.

Selain Siti, rakan seperjuangannya, Misha Omar turut menang 4 kategori utama iaitu menerusi Album Pop Terbaik, Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam Dan Hawa) serta Lagu Terbaik (Nafas Cahaya). Selain itu, lagu Nafas Cahaya juga memenangi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik.

Malam AIM16 juga menyaksikan kejayaan manis buat artis berkumpulan seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, Raihan dan Rabbani. Sebagai menghargai jasa dalam dunia hiburan, Anugerah Wirama diberikan kepada penulis lirik veteran, Habsah Hassan.

Acara kemuncak yang ke udara secara langsung menerusi ntv7 itu dihoskan oleh Adibah Noor, Bob Lokman dan Afdlin Shauki. Ia dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh artis seperti Misha Omar, Dato' Sheila Majid, Joe Flizzow, M Nasir, Faizal Tahir, Rossa, Hujan dan Meet Uncle Hussain.

Keputusan Rasmi AIM16:

1. Kulit Album Terbaik
# Florence Lee/Hawa-Nikki
# Nadia Jasmih/President-Joe Flizzow
# Nicholas Chong/Transit-Altered Frequency
# Nizam Rahmat/Satu-Ferhad
# Pemenang: Vignes Balasingam/Remain Unknown-Estranged


2. Rakaman Album Terbaik
# Satu-Ferhad
# Remain Unknown-Estranged
# Finally-Akhirnya-Suki
# Adam 3-Adam
# Pemenang: Harapan-Reshmonu


3. Album Pop Etnik Terbaik
# Khazanah Pujangga-Syura
# Pemenang: Lentera Timur - Dato' Siti Nurhaliza
# Selagi Ada Rindu-Pak Long (Shafie Ahmad)
# Zapin Suri-Haziq


4. Album Nasyid Terbaik
# Allah Habeebi-Mawi
# Istimewa Tiada Dua-Nice
# Nasyid Nostalgia Memori The Zikir-Nazrey Johari
# Pemenang: Nostalgia Nadamurni-Rabbani
# Setia-Wildan


5. Album Hip Hop Terbaik
# OK-Malique


6. Video Muzik Terbaik
# Hanya Di Mercu/Ayu
# Sampai Syurga - Faizal Tahir
# Mati Hidup Kembali - Butterfingers
# Pemenang: 1000 Tahun (Mahu Hidup) - Butterfingers
# Oh Anok Anok - Reshmonu


7. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
# Pemenang: Pada Cintanya - Dato' Siti Nurhaliza
# Tiada Maaf - Danell Lee
# Aurora - Estraged
# Di Taman Teman - Dato' Siti Nurhaliza
# Bukan Mimpi - Farhan


8. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
# Aku Dan Dirimu-Ari Lasso & Bunga Citra Lestari
# Pemenang: Ayat-Ayat Cinta-Rossa
# Bila Rasaku Ini Rasamu - Kerispatih
# Matahariku - Agnes Monica
# Menjaga Hatiku - Yovie Nuno


9. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
# Ajai & Marsha-Sayang
# All One - Bilal Bin Rabah
# Pop Shuvit Featuring Project Ear - Marabahaya (International Version)
# Rabbani - Bila Nur Melimpah Di Hati
# Pemenang: Raihan- Assubhu Bada


10. Lagu Cina Tempatan Terbaik
# He, She & Me - Cheng Lee
# Man Jiang Hong - Man Jiang Hong
# Missy Missy- Will Ng
# Prisoner - Will Ng
# Zhong Du - Man Jiang Hong


11. Lagu India Tempatan Terbaik
# Enna Venum - Agarem
# Pemenang: Ethirrpaarakiren - Anbarasan & Anuratha
# Sottu Sotta Remix - Agarem
# Sudum Mannil - No Entry
# Tu Khendi Seh - Goldkartz feat Arvin


12. Album Cina Tempatan Terbaik
# Homely Life - Rynn Lin
# Man Jiang Hong - Man Jiang Hong
# Meet to Listen - Cheng Lee
# The Real Hou Ren - Hou Ren
# Pemenang: Will Be Good - Will Ng


13. Abum India Tempatan Terbaik
# Agarem - Agarem
# Pemenang: Ethirpaarkiren - Anbarasan & Anuratha
# Veera Puranam - Chakra Sonic


14. Lagu Pop Etnik Terbaik
# Di Kayangan Kita - Dato' Siti Nurhaliza
# Di Taman Teman - Dato SIti Nurhaliza
# Dirgahayu - Ramlah Ram
# Nafas Cahaya - Misha Omar


15. Anugerah Wirama - Habsah Hassan


16. Persembahan Vokal Di Dalam Lagu (Wanita)

# Ayu- Hanya Di Mercu
# Dina - Sejauh Ini
# Shila Memori Tercipta
# Dato' Siti Nurhaliza - Di Kayangan Kita
# Pemenang: Dato' Siti Nurhaliza - Di Taman Teman


17. Lagu Nasyid Terbaik
# Allah Habeebi - Mawi
# Pemenang: Bila Nur Melimpah Hati - Rabbani
# Kemuliaan Al-Quran - In Team
# Serulah Namanya - Mawi
# Teman Hakiki - Mawi


18. Lagu Hip Hop Terbaik
# Bergerak - Joe Flizzow feat Phlowtron
# Isabella - Joe Flizzow
# Mengapa Harus Kita Bercinta - Joe Flizzow feat Hady Mirza
# Pemenang: Mentera Beradu - Malique & M. Nasir
# OK - Malique feat Cat Fabulous


19. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
# Pemenang: Aizat - Lagu Kita
# Bob - Cinta Terhalang
# Reshmonu - Doa Untuk Dia
# Reshmonu - Sayu
# Rithan (Deja Voodo Spells) - Rock N Roll (Inggeris)


20. Album Inggeris Tempatan Terbaik
# Dark SUn Big Rain - Karen Nunis Blackstone
# Pemenang: President - Joe Flizzow
# Remain Unknown - Estranged
# Take Five With Juwita Suwito at Avanti - Juwita Suwito
# Rapestry Life - Shal Sagan


21. Artis Baru Terbaik
# Hujan
# Joe Flizzow
# Malique
# Pemenang: Meet Uncle Hussain
# Suki


22. Lagu Rock Terbaik
# 100 Tahun (Mahu Hidup) - Butterfingers
# Aurora - Estranged
# Pemenang: Bila Aku Sudah Tiada - Hujan
# Dugaannya - Hujan
# Yang Pernah - Estranged


23. Lagu Pop Terbaik
# Pemenang: Cinta Adam & Hawa - Misha Omar
# Dingin - Ziana Zain
# Ketentuan - Ramlah Ram
# Lagu Kita - Aizat
# Sampai Di Sini - Misha Omar


24. Album Rock Terbaik
# Bongkar - Kristal
# Pemenang: Hujan - Hujan
# Keamanan - Nrocinu
# Kembali - Butterfingers
# Modern Minimalis Glamour - The Times


25. Album Pop Terbaik
# Alyah - Alyah
# Arus Qudus - Yasin
# Harapan - Reshmonu
# Pemenang: Misha Omar - Misha Omar
# Percubaan Pertama - Aizat


26. Lagu Terbaik
# Bila Aku Sudah Tiada - Hujan
# Cinta Adam & Hawa - Misha Omar
# Bila Nur Melimpah Di Hati - Rabbani
# Mantera Beradu - Malique feat M Nasir
# Pemenang: Nafas Cahaya - Misha Omar


27. Album Terbaik
# Ok - Malique
# Misha Omar - Misha Omar
# Nostalgia Nadamurni - Rabbani
# Pemenang: Lantera Timur - Dato' Siti Nurhaliza
# Hujan - Hujan


Murai


Baca lagi...

Gambar Blue Carpet AIM 16 2009



Lagi Gambar di Sini!


Baca lagi...

Fifie Buntaran, Suka Buka Bra

Sabtu, 2 Mei 2009

Artis sinetron Fifie Buntaran ternyata punya kebiasaan unik. Setiap kali tidur, dia selalu melepas penutup payudara atau nama popularnya, bra. Pastinya, bintang sinetron 3 CEWEK BINTANG, DIMANAKAH CINTA dan TAWA SUTRA ini berdalih.

"Emang sih seharusnya dalam 24 jam kita terus pakai (bra) biar tetap kenceng. Tapi aku kalau tidur lebih suka lepas bra, biar lebih leluasa, dan itu bagus untuk peredaran darah," ujarnya yang masih single.
Dan soal produk bra, Fifie tergolong setia pada satu jenama.
"Biasanya Venice. Paling aku hunting di Sogo dan Metro," ujarnya penyuka warna pink ini.
"Untuk bra, aku suka warna pink biar kelihatan imut. Tapi item juga boleh terkesan seksi," sergahnya.
Fifie mengaku pertama kali pakai bra saat masih SD (SK),
"Tepatnya miniset, karena badan gue waktu SD bongsor banget." Pertama kali pakai, ia bingung cara mengenakannya, mamanya yang mengajari.
Salah beli bra juga pengalaman lain Fifie.
"Karena aku tidak tahu ukurannya. Sedangkan kalau di mall nggak bisa coba. Makanya waktu pakai rasanya nggak enak banget," kenangnya lagi.



Baca lagi...

Dr. Fazley Kembangkan Empayar Keluarga

Kata pakar motivasi, pelakon, pengacara dan ahli perniagaan yang baru bergelar bapa ini, dia semakin bekerja keras untuk mengembangkan empayar perniagaan sedia ada.

"Sebelum ini, saya menyepi seketika dari dunia seni kerana memberi keutamaan kepada Fariedz. Kini, Fariedz sudah berusia lima bulan dua minggu dan sudah sampai masanya saya kembali aktif dalam bidang seni.
"Terus terang, saya juga sukar berpisah dengan Fariedz hingga terpaksa membawanya sekali apabila terbabit dengan program di luar daerah sebelum ini," katanya.
Pada masa sama kata Fazley, dia dan isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz, 27, juga merancang menambah tiga lagi anak sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga mereka.
"Sebenarnya, saya memang teringin untuk mendapat anak sulung lelaki dan saya bersyukur impian itu dimakbulkan Tuhan," katanya.
Sekalipun sudah terbabit dalam bidang nyanyian dan motivasi selama 10 tahun, Fazley atau nama sebenarnya Dr Ahmad Fadzli Yaakob baru meraikan hari jadinya yang ke-31,18 April lalu. Namun, katanya, perjalanan hidupnya masih jauh.
"Bagi saya usia 20 hingga 30 tahun adalah proses pembelajaran saja. Pada usia 31 pula, kehidupan saya baru nak bermula.
"Apapun, kehidupan saya terlalu istimewa dan sudah lengkap sekarang. Lebih menggembirakan, adik lelaki saya, Faizal yang menuntut di Australia sudah kembali ke tanah air selepas menamatkan pengajiannya di sana," katanya.

Kini, kata Fazley, misinya untuk membina sebuah empayar keluarga dengan mengembangkan jenama Fazley dengan lebih meluas lagi serta mengukuhkan lagi jenamanya di luar negara.
"Selain Faizal, saya juga mempunyai dua lagi adik perempuan, Farahdilla dan Farahnadia. Saya harapkan mereka akan menguruskan perniagaan sedia ada, contohnya dalam bidang pendidikan dan motivasi yang saya mulakan ini.


myMetro


Baca lagi...