RSS2.0

Aqsha : Saya Ketagih Mahu Seksi

Isnin, 20 April 2009




"Mula-mulanya Jehan Miskinlah yang asyik ‘racun’ saya, lama-lama saya yang ketagih dibuatnya. Bila tengok hasilnya, saya mula puas hati. Tambah lagi badan rasa semakin sihat.

Semuanya gara-gara termakan 'racun' yang disuapkan oleh teman seperjuangannya, aktor Jehan Miskin. Akibat sudah diracuni, kini, pelakon tampan Aqasha sudah ketagihan untuk lebih kelihatan seksi.

Ironinya, racun dan ketagihan yang merasuk Aqasha bukanlah ke arah merosakkan diri sebaliknya, mendatangkan perasaan puas hati dan serta penampilan yang semakin seksi.

Sekal imbas, kenyataan di atas kedengaran sedikit mengelirukan namun tatkala menemui Aqasha baru-baru ini, ada perubahan ketara yang dapat disaksikan menerusi penampilan terbaru Aqasha.

Sedikit lebih matang seiring dengan usia yang kini menginjak 27 tahun, bukan usia sahaja yang bertambah kerana Aqasha kini sedang sibuk menambahkan otot-otot pada tubuh sasanya itu.

"Ya, sebenar saya selalu ke gim. Dah masuk bulan keempat sebenar. Mula-mulanya Jehan Miskinlah yang asyik 'racun' saya, lama-lama saya yang ketagih dibuatnya.

"Bila tengok hasilnya, saya mula puas hati. Tambah lagi badan rasa semakin sihat, tinggal lagi kena disiplin sahaja. Saya bukannya nak bikin sampai badan jadi six pack cuma nak dapatkan bentuk, dan penampilan yang saya suka dan saya sendiri semakin berdisiplin dalam bab masa dan pemakanan," luah Aqasha yang tersenyum kala diusik tentang penampilan terbarunya dikatakan semakin 'seksi'.
Ditanya lagi, adakah penampilan barunya itu sebagai meniru gaya mana-mana selebriti lain atau satu pelaburan untuk memancing tarikan mana-mana pihak, sementelah pula, trend untuk diangkat sebagai hero ketika ini bukan sahaja dinilai pada paras rupa tetapi haruslah tampan serta bertubuh sasa.
"Tak, bukan begitu. Saya cuma rasa semakin puas hati dengan perubahan ini, lagipun ia langsung tidak memudaratkan.

"Cuma saya risau, kalau-kalau berhenti ke gim nanti, berat badan akan naik mendadak. Sekarang saya kena pastikan, paling kurang dua atau tiga kali seminggu saya kena pergi ke gim," katanya yang menyimpan harapan untuk terus membina nama dalam industri seni, filem dan drama khususnya.


-Kosmo

0 ulasan: