RSS2.0

Julia Ziegler ke Amerika Syarikat Malam Ini

Isnin, 20 April 2009


Dalam kesibukan berlakon dan baru habis pengambaraan drama Bisikan Suaka (sama seperti Jangan Tegur), Julia Ziegler, 25, menyatakan dia mahu berehat seketika daripada lakonan. Katanya, dia akan berangkat ke Amerika Syarikat pada malam ini (20/4) dan berkemungkinan ingin berehat selama setahun.



"Saya ke sana atas tujuan urusan keluarga. Sebenarnya, sudah lama saya tidak bertemu dengan anggota keluarga saya yang tinggal di Kentucky dan Georgia. Bukan niat saya untuk merajuk atau membawa diri, tetapi saya juga manusia biasa yang ingin berehat seketika dan menenangkan fikiran daripada tekanan kerja.


"Dalam tempoh ini, saya bercadang untuk sambung belajar dalam bidang seni persembahan di sana. Dulu, saya pernah belajar di Savannah College Of Art And Design, Georgia dalam bidang arkitek dan mungkin saya belajar di tempat yang sama.


"Walaupun saya berada di sana tetapi hati saya tetap di Malaysia. Saya tetap akan pulang ke sini dan pilihan jodoh saya tetap orang Malaysia," katanya lagi.


myMetro

0 ulasan: