Kalau nak tahu, awal minggu ini, ada seseorang ni ternampak mereka berdua keluar bersama-sama. Lokasinya sangat gah iaitu di KLCC. Hai... menjulang tinggi ke awan biru tu.
Kata sumber berkenaan, awalnya dia ternampak kelibat Julia keluar dari sebuah gedung buku seorang diri dan kemudian datang seorang jejaka berlari-lari manja ke arahnya. Tenung punya tenung, oh Syamsul rupanya...Pada mulanya mereka jalan agak berjauhan tetapi kemudian selepas line agak sedikit clear, barulah mereka pegang-pegang tangan mesra dan manja. Cayalah!
Bagi penulis, tak kisahlah kalau Syamsul dan Julia tengah bercinta sebab sama-sama single. Jangan cinta gimik sudah untuk filem mereka, Jangan Tegur dan Bohsia itu. Dulu Syamsul pernah bercinta dengan Diana Dianielle manakala Julia pula dengan pengarah Jangan Tegur sendiri, Pierre Andre. Agaknya, Syamsul memang suka wanita kacukan?
-Murai
Julia Ziegler kekasih Syamsul Yusof?
Selasa, 28 April 2009Dicatat oleh Izyan di 1:44 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan