RSS2.0

OIAM3 : Nine Terkeluar, 1Mei Final

Selasa, 28 April 2009

Ketika persaingan berbaki seminggu lagi, Nine atau nama sebenar, Zulqarnain Jaafar gagal melangkah ke peringkat akhir One In A Million (OIAM) musim ketiga.

Semalam (24/5), hos program realiti hiburan tersebut, Awal Shaari dan Marion Caunter mengumumkan penyanyi band Coco tersebut tersingkir daripada program realiti hiburan itu di awal persembahan.

Amy terpaksa akur dia kempunan untuk bergelar jutawan OIAM kerana `konsert'nya pada minggu lalu gagal menambat hari para penonton untuk mengundinya.

Penyanyi berasal dari Alor Setar itu berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka walaupun hatinya diulit rasa kecewa.

"Setiap minggu, saya dah dapat rasakan mungkin tersingkir kerana undian saya berada di bottom. Jadi, saya telah bersedia menerima keputusan ini," katanya pada sidang akhbar selepas persembahan berakhir.
Mengenai halatuju kerjayanya sebagai penyanyi dan penggubah lagu, Nine berkata, dia akan memfokus kepada kumpulan Coco selepas ini.

Kejutan
Sempat lagi pihak penerbit menyelitkan satu lagi ‘kejutan’ buat musim ini. Seperti yang sudah diterangkan Awal dan Marion sebelum penutup rancangan tadi, musim ini, anda, peminat ‘One In A Million 3’, mempunyai kuasa menentukan jika dua atau ketiga-tiga finalis, iaitu Tomok, Aweera dan Esther akan berentap di malam penentuan OIAM3 pada 1 Mei ini.

Anda hanya perlu ke laman web 8TV, www.8tv.com.my/oiam dan memilih jika anda inginkan Top 2 atau Top 3 di Grand Finale. Jika Top 3 pilihan anda, maka jumlah undian sepanjang minggu depan akan diambil kira ketika di Grand Finale nanti. Oleh itu, amat penting juga untuk anda teruskan mengundi juara pilihan anda.

0 ulasan: