RSS2.0

Nurul Syuhada dan Dr Faiz kahwin 2010

Isnin, 4 Mei 2009

“Kami ikhlas berkawan dan berharap hubungan ini berakhir dengan sesuatu yang baik. Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar dan diizinkan Yang Maha Esa mungkin tahun depan mahu berkahwin,”

Kata personaliti TV3, Nur Syuhada Nurul Ain (Nurul), sewaktu menjelaskan hubungannya dengan Angkasawan Kedua Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed.

Kemunculan pengacara Majalah 3 itu bersama teman lelaki, Dr Faiz, di Pertandingan Akhir Pesona Nona, petang semalam yang berlangsung di Palace Of The Golden Horses, menarik perhatian tetamu, sekali gus menjawab desas-desus hubungan cinta mereka yang mula dihidu sejak setahun lalu.



Kira-kira setahun lebih menjalinkan persahabatan, pasangan sama cantik sama padan ini nampaknya lebih terbuka memperkatakan soal hubungan mereka.


“Bagi saya masyarakat sekarang bijak menilai jadi tiada apa yang perlu disorokkan. Terus-terang hubungan kami sesuatu yang ikhlas dan murni. Kalau hendak menafikan pun tiada gunanya kerana ini akan membabitkan perasaan keluarga kedua-dua pihak yang sudah pun mengetahui hubungan kami." tambahnya lagi.
hMetro

0 ulasan: